Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
Panasnya hari ini - Atsui
Friday, September 29, 2006
Assalamualaikum.

Aduh...kelakar pulak bila tengok gambar kat sebelah tu. Gambar ni saya dapat dari email
seorang kawan. Tajuk nya "Perkerja KFC terjatuh dalam kuali panas". Agak-agak nya kalau KFC buat menu baru bentuk gitu, laku ke tak ye? Kalau bagi peminat KFC cam saya ni, mungkin saya try juga kot. Nampak macam oishii jek. Tabenai to wakaranai (tak makan tak tahu).

Sebut pasal kuali panas, hari ni belajar Nihongo, perkataan baru kita:
Panas = atsui (sebutan : a-tsu-i)

Contoh:
Kuali ini panas = Kono kuali wa atsui desu.
Hari ini panas = Kyou wa atsui desu.

Saya suka guna ayat kyou wa atsui desu ne. (ne tu ditambah untuk sedapkan ayat).
Petang-petang waktu aircond rosak ke, waktu dalam kereta tengah-tengah panas tu,
boleh la guna.

Kalau kat Jepun, perkataan ni feberet time musim panas. Aduh, punya la panas. So perkataan atsui, atsui ni lah selalu keluar. Pergi sini atsui, pergi sana atsui, last-last berendam dalam laut. Musim panas berendam dalam laut memang best.

Itu sahajalah untuk hari ini.

Wassalam.

Note : Semalam saya dapat komen dari seorang membaca nama "AKU". Bertanya (or kasitahu?) pentang sebutan 'desu'. Perkataan desu tu biasanya orang sebut des jek. Terbelit lidah nak sebut de-su de-su selalu. Kebanyakkan perkataan yang akhir nye 'su' akan jadi 's' jek. contoh :
itadakimasu = itadakimasu
ikimasu = ikimasu
dan lain lain lagi..

Quote of the day:
"The best answers are found in your heart. Not your head"
-Robert Kiyosaki
posted by Abdul Hidier @ 11:09 AM   2 comments
Hujan..Ame
Thursday, September 28, 2006
Assalamualaikum.

Minna sama, ogenki desu ka?
Watashi wa genki desu.

Kat sini sekarang musim hujan. Tiap-tiap hari hujan. Lebat pulak tu. Bila hujan gini, mata pon kuyu jek. Ish..kalau dapat bantal alangkah best nya. So hari ini kita belajar pasal hujan.

Kyou wa ame desu - Hari ini hujan.
Ame = hujan


Hujan-hujan gini, malasnya nak menulis. Teringat zaman sekolah dulu. Kalau hujan jek, bantal lah yang akan jadi teman setia.

So post hari ni pon pendek jek lah. Kasi can penulis menikmati kesedapan tidor waktu hujan. :)

Wassalam.

Note1 : Untuk post Oishii semalam, kita juga boleh gantikan dengan perkataan Umai. Maksud untuk kedua-dua perkataan itu adalah sama. (Terima kasih Datuk R kerana ingatkan tentang perkataan umai tu).

Note2 : Mengenai fadzilah solat tarawih yang satu kasi semalam, ada kawan cakap ianya tidak tepat. Saya juga tidak dapat pastikan adakah ia benar atau palsu. Sekiranya ada sesiapa yang dapat konfirmkan hal ini, sila beritahu saya agak kita dapat sama-sama belajar.

Terima kasih.

Dari saya:
"Ku dongak ke langit, sang helang megah kebarkan sayapnya."

-Hidet
posted by Abdul Hidier @ 11:45 AM   2 comments
Sedap nya...oishii
Wednesday, September 27, 2006
Assalamualaikum.

Dah berapa hari kita berpuasa ye?
Ha....puasa baru jek bermula..takkan dah tak tahu berapa hari puasa?

Waktu bulan puasa ni, ramai yang mengambil kesempatan membeli belah untuk berbuka di pasar ramadan. Nak bershopping tu boleh, tapi jangan sampai membazir. Kalau family ada 5 orang shj, jangan lah beli makanan untuk 10 orang. Lepas tu makan tak habis, makanan yang berlebihan tu dibuang sajek. Esok ulang lagi..lusa ulang lagi..tulat ulang lagi..banyak nye membazir. Ingat-ingat sikit ye...

Makanan untuk berbuka puasa ni biasa nya sedap-sedap. Bak kata KFC, sehingga menjilat jari. Makan sana, makan sini..berbuka makan, supper makan, sahur makan.Last-last, hujung bulan berat badan bertambah. Macam mana nak diet waktu bulan puasa kalau gini.

Perkataan Nihongo kita pada hari ini satu perkataan sahaja:
Oishii. -oi-shi-i- (bunyi cam oi-shi-i, tapi sebutnya just oi-shi jek)
Oishii ni maksud nya sedap.

Sudah menjadi kebiasaan orang Jepun, bila merasa makanan, diorang akan sebut OISHII.
konon-konon sedap lah tu. Bersesuaian lah dengan aktiviti kita pada bulan puasa ni. Makan.
Rasa itu sikit, ini sikit - Oishii nya...

Nanti bila pergi pasal malam boleh lah tanya orang yang jual tu,
"akak, kuih ni oishii tak?" :)

Kalau yang menjual pulak, boleh la cakap,
"Adik, beli kuih ni dik. Oishii ni."

Kat rumah pon boleh guna,
"Abang, makan lah mee goreng tu. Oishii tau..saya yang masak"

Eh..orang Malaysia yang tak faham Nihongo faham ke?
Guna jek lah. Kalau diorang tak faham, tolong lah ajarkan.
sila dad
Wassalam.

Note: Hari ini takde quote. Sempena bulan puasa, saya gantikan dengan fadzilat tarawih.

Malam ke 5

Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram,
Masjid Madinah dan Majidil Aqsa

Sila klik sini untuk download fadzilat dan kelebihan solat tarawih untuk sebulan ramadan.
posted by Abdul Hidier @ 10:46 AM   2 comments
Balik kampung
Tuesday, September 26, 2006
Assalamualaikum.

Minna san, ogenki desu ka?
Kyou wa danjiki wo shiteimasu ka?


Saya baru balik dari Terengganu, sambut puasa kat sana. Perjalanan yang cukup jauh dari Johor ke Dungun, mengambil masa lebih kurang 8 jam. Tapi bak kata org, alah bisa tegal biasa. Dah selalu sangat buat perjalanan macam tu, tak terasa sangatlah penatnya.

Sampai di kawasan minyak kat Kerteh tu saya paling suka tengok. Cerah betul pemandangan
waktu malam kat situ. Cantik betul saya rasa. (pemandangan jek lah cantik..udara mungkin agak tercemar).

Bak lirik lagu Allahyarham Sudirman, ho ho ho balik kampung, balik kampung..hati girang..

So ayat hari ni pon pasal balik kampung lah.

Jimoto he kaerimasu. (ka-e-ri-maru)
Balik kampung.

Jimoto = Kampung halaman ( asal )
Kaerimasu = Balik

Perkataam jimoto tu boleh digantikan dengan sebarang perkataan lain.
Contoh:
Kedah he kaerimasu.
Terengganu he kaerimasu.
Penang he kaerimashita ( mashita is past tense).

Contoh ayat:

Nakata : Ali san, awal Ramadan hari tu anata pergi ke mana?
Ali : Watashi wa jimoto he kaerimashita.
Nakata : Hari Raya nanti anata wa doko ni kaerimasu ka?
Ali : Hari Raya nanti watashi wa Kedah he kaerimasu.

Itu lah dah celoteh saya untuk hari ini. Semoga dapat berpuasa penuh di bulan Ramadan yang mulia ini.

Wassalam.

Quote of the day:
"It is not enough to have good mind, the main thing is to use it well"

-Rene’Descartes
posted by Abdul Hidier @ 9:46 AM   1 comments
Ganbatte kudasai - berusahalah
Friday, September 22, 2006
Assalamualaikum.

Kyou wa Kinyoubi desu.
Pejam celik pejam celik, tup tap tup tap dah pon seminggu berlalu. Cepat kan pergerakan masa sekarang ni? Sama cepat kalau nak ke memana tempat. Macam saya nak ke Kedah, naik kereta mahu nya 10 jam lebih. Tapi kalau naik kapal terbang (AisAsia murah skrg ni), baru sejam lebih jek.

Begitu juga dengan komunikasi. Kita ada handpon, ada intenet, email. Dengan satu klik jek kita boleh hubungi kawan-kawan kita yang berada di seberang laut tu. Nak tak nak, kita kena juga berusaha untuk bersama-sama berlumba dalam kelajuan masa dan teknologi zaman sekarang ni. Berusahalah. Ganbatte kudasai.

Baik lah. Ini perkataan kita pada hari ini.
GANBATTE KUDASAI - Berusahalah. (boleh jugak dikatakan GOOD LUCK kalau in English).
gan-bat-te ku-da-sai

Contoh:
Ali nak amik exam. Kawan-kawan Ali ucapkan "Ganbatte kudasai" kepada Ali.

Nakata san baru belajar puasa. Ali cakap "Ganbatte kudasai Nakata san. Cuba lah berpuasa sampai petang nanti"

Abu pergi interview kerja. Isterinya ucap " Ganbatte kudasai abang".

Begitulah cara penggunaan perkataan hari ini.
Kita semua pon, GANBATTE KUDASAI belajar Nihongo.

Selamat berpuasa. Semoga dapat berpuasa penuh sebulan.
Ganbatte kudasai.

Wassalam.

Selamat Menyambut Ramadhan
Wishing all Muslim friends - selamat berpuasa..


CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut
Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk
hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan
bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat
Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah
baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu
jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV
yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api
atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh
secara berjemaah.

posted by Abdul Hidier @ 11:01 AM   1 comments
Puasa
Thursday, September 21, 2006
Assalamualaikum.

Kyou wa ii tenki desu ne.
Elok nya cuaca hari ini. It is a nice day.

Pagi tadi di radio ERA, topik pagi bersama K&K adalah pasal persediaan puasa.Ramai yang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Anda bagaimana pula?

Sempena Ramadan yang bakal menjelma ni, apa kata kita belajar ayat berkenaan puasa.Nanti boleh gak bercakap dengan kawan-kawan dalam Nihongo.

Kyou wa danjiki wo shiteimasu ka?
Are you fasting today? Awak berpuasa ke hari ini?
Watashi wa danjiki wo shiteimasu.
I am fasting - saya berpuasa
Danjiki - fasting

Macam biasa, saya suka bagi dialog sebagai contoh:

Ali : Ohoyou gozaimasu Nakata san.
Nakata : Ohayou Ali san.
Ali : Kyou wa ii tenki desu ne.
Nakata : Sou desu ne.
Nakata : Awak dah makan ke Ali san?
Ali : Saya tak makan hari ni. Watashi wa danjiki wo shiteimasu.
Nakata : Oh ye ka. Mesti penat kan.
Ali : Saya sudah biasa.

Esok nya, Ali berbual sekali lagi dengan Nakata san.

Ali : Nakata san, konnichiwa.
Nakata : Konnichiwa Ali san. Kyou wa danjiki wo shiteimasu ka?
Ali : Kyou mo danjiki wo shiteimasu.

Begitu lah perbualan di antara Ali dan Nakata.
Senang saja kan belajar Nihongo?

Selamat berpuasa bila sampai masanya nanti.
Ramadan Karim.

Maksud Puasa: "Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan."

NOTE:Ramadan dan hampir menjelang. Apa kata kalau kita baca sedikit artikel mengenai Ramadan. Sila download di sini ARTIKEL RAMADAN
(untuk memudahkan proses download, sila klik kanan dan save target as)
posted by Abdul Hidier @ 10:35 AM   0 comments
Excuse me @ Sumimasen
Wednesday, September 20, 2006










Assalamualaikum.

Japanese terkenal dengan sifatnya yang penuh dengan sopan santun. Terima kasih dan minta maaf sering keluar dari mulut mereka. Jadi hari ini kita akan belajar salah satu perkataan yang sering digunakan oleh Japanese untuk meminta maaf.
Sumimasen = Excuse me / I am sorry

Kita tengok contoh beberapa situasi:-

1. Ali terlanggar bahu Nakata san ketika berjalan.

Ali : Ops..sumimasen
Nakata : OK desu.

2. Abu nak bertanyakan tambang bas kepada Ayumi san.

Abu : Sumimasen, tumpang tanya. Tambang ke Tokyo ikura desu ka?
Ayumi : 350 yen desu.

3. Ina nak beli baju kat Jusco.(er..takde kaitan ngan Mawi ye..)

Ina : Sumimasen
Jurujual : Hai, nan desu ka?
Ina : Kore wa ikura desu ka?
Jurujual : 3,500 yen desu.

Senang saja kan? Itu lah perkataan untuk hari ni.
Sumimasen deshita.

Wassalam.

Quote of the day: "It i not enough to have good mind, the main thing is to use it well" -Rene’Descartes
posted by Abdul Hidier @ 11:38 AM   1 comments
Jalan-jalan
Tuesday, September 19, 2006
Assalamualaikum.

Nemui...................(nemui tu mengantuk maksud nya).
Cuaca kat luar tu mendung. Sedap nya kalau tido time ni. Macammana dengan tempat pembaca sekalian? Cerah ke hujan ke mendung ke? Gambar NARUTO hanyalah sekadar hiasan. :)

Hari ini saya nak sambung sikit pasal semalam. Semalam kita belajar ryokou he ikimasu. Then kat hujung post tu saya tulis ryokou he ikimashita.

Ada beberapa soalan yg saya terima.
1. Apa beza ikimasu dan ikimashita?
2. Bagaimana nak guna perkataan ni?


Dalam Nihongo pon ada past ngan present tense macam bahasa omputeh tu. Ikimasu tu present, manakala ikimashita tu past tense. Kalau ada terjumpa apa2 perkataan yang ada masu tu, biasanya present tense lah tu. Kalau jumpa mashita, maksud nye past tense.

Itu lah perbezaan 2 ayat di atas. Mungkin di kemudian hari kita boleh belajar lagi
past ngan present tense ni.

Kemudiam penggunaan perkataan ikimasu.
Ikimasu = pergi
Untuk kasitau orang lain kita dah pergi ke mana, agak mudah kalau guna ayat ni:
Watashi wa Nihon he ikimasu.
Maksud nya saya pergi ke Jepun.
Nihon = Jepun

Kalau nak sebut nama tempat lain, just gantikan Nihon dengan tempat tersebut.
Cth:
Watashi wa Melaka he ikimasu. Watashi wa Penang he ikimasu.
dan lain lain tempat.

Senang kan nak kasitau ke mana kita pergi..semoga boleh digunakan
dalam aktiviti harian. Itu lah sahaja untuk hari ini.

Wassalam.

Quote of the day:
"
I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work."
- Thomas Alva Edison
posted by Abdul Hidier @ 1:01 PM   0 comments
Melancong
Monday, September 18, 2006
Assalamualaikum.
Minna san, ogenki desu ka?

Hari ni kita belajar ayat pergi melancong / jalan-jalan:
Ryokou he ikimasu - ryo-kou he i-ki-ma-su.
Maksud nye pergi melancong lah.
Ryokou = Melancong

Sebenarnya hari ini mood nak mengajar Nihongo kurang sikit.
Lebih kepada mood nak bercerita pengalaman pergi melancong. :)

Hari Ahad yang lepas, saya dan keluarga meluangkan masa pergi makan angin kat TANJUNG PIAI - THE SOUTHERNMOST TIP OF MAINLAND ASIA - satu tempat kat negeri Johor. Tempat ini telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor. Dihiasi dengan pokok bakau dan api-api.

Terletak di daerah pontian, dekat-dekat dengan Kukup. Kalau dari JB, senang sajek nak pergi ke tempat ni. Just follow the signboard, and for sure you wll arrive there. Saya pon kali pertama pergi ke sana. Best nya dapat duduk kat tempat paling hujung kat benua asia ni. Kepada yang belum pernah sampai ke sana, Untuk orang yang suka alam semulajadi,kedamaian, green, jauh dari hiruk pikuk kota macam saya, apa kata luangkan masa untuk pergi.

Teringat saya waktu kat Jepun dulu.Saya berpeluang pergi ke tempat paling utara - WAKKANAI - THE NORTHERN CITY OF JAPAN - satu tempat kat Pulau Hokkaido. Sebab Wakkanai ni kedudukannya paling utara, cuaca di sana agak sejuk.

Walaupon saya pergi dulu waktu musim panas, kesejukan nya masih terasa. Saya terpaksa pakai sehelai lagi baju sejuk - saya ni tak tahan sejuk. Waktu berdiri kat situ, nampak satu pulau nun sayup di kejauhan. Orang kata pulau tu kepunyaan nagara Rusia. Ntah lah, saya tak pasti betul ke tidak.

Wah, kalau nak cerita pasal pengalaman melancong, agak banyak jugak. Tapi saya tak pandai nak mengolah ayat. Nanti, tak pasal-pasal tempat yang menarik tu jadi macam tak menarik bila saya cerita.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang 2 tempat ini - TANJUNG PIAI dan WAKKANAI, boleh lah search sendiri di laman web. Banyak lawan web yang menceritakan tentang tempat tersebut.

Saya stop di sini dulu untuk hari ini. Ingat ayat hari ini:
Ryouko he ikimashita.

Wassalam.

Quote of the day: "Perjalanan beribu batu dimulakan dengan satu langkah yang pertama" - tak ingat lah sapa punya quote ni....
posted by Abdul Hidier @ 10:53 AM   2 comments
San dan Desu
Saturday, September 16, 2006

Assalamualaikum.

Gambar katon Onepiece kat atas tu takde kaitan pon ngan pelajaran hari ni.
Just letak. Ini di antara katon favorite saya. Gomu gomuu............

Kali ini kita belajar cara untuk memanggil nama seseorang dalam Nihongo.
Contoh:
Encik Nakata = Nakata san
Cik Ayumi = Ayumi san
Wah...hari ini kita guna nama orang jepun pulak...
Rasanya ramai di antara kita yang sudah tahu perkataan san.
Perkataan ini amat glamor saya rasa. Panggil san boleh digunakan untuk memanggil sesiapa sahaja.

Untuk memperkenalkan diri kita pula, kita akan menggunakan perkataan desu.
Kita tidak boleh namakan diri kita dengan san. Jangan tersilap dengan SAN dan DESU ini.

Contoh ayat betul:
Watashi wa Nakata desu.

Contoh ayat salah:
Watashi wa Nakata san.

Mungkin dalam bahasa melayu tidak salah untuk memperkenalkan diri kita sebagai Encik Ali (contoh).
Tetapi dalam Nihongo, orang tidak mempekenalkan dirinya sebagai Ali san (Ali tu contoh juga).

Sekian dulu untuk kali ini.

Quote of the day:
“Orang lain buat duit, kita buat alasan!” -Dr Fadzilah Kamsah

NOTE:Ramadan dan hampir menjelang. Apa kata kalau kita baca sedikit artikel mengenai Ramadan. Sila download di sini ARTIKEL RAMADAN
(untuk memudahkan proses download, sila klik kanan dan save target as)

Wassalam.
posted by Abdul Hidier @ 9:44 AM   4 comments
Hari ini Hari Jumaat
Friday, September 15, 2006
Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari.
Marilah kita berlumba-lumba mengamalkan kebaikan sempena hari yang mulia ini.

Memandangkan mukadimah pada hari ini bermula dengan "Hari",
jadi marilah kita belajar perkataan "hari" dalam Nihongo pada hari ini.
(berapa banyak hari daaa....)



Rasanya pelajaran kali ini agak senang..just hafal and sebut jek.

1.Isnin - Getsuyoubi - Get-n-you-bi
2.Selasa - Kayoubi - Ka-you-bi
3.Rabu - Suiyoubi - Sui-you-bi
4.Khamis - Mokuyoubi - Moku-you-bi
5.Jumaat - Kinyoubi - Kin-you-bi
6.Sabtu - Doyoubi - Do-you-bi
7.Ahad - Nichiyoubi - Ni-chi-you-bi

Contoh penggunaan perkataan hari:

Ali : Abu, hari ini hari apa?
Abu : Hari ini Kinyoubi.
Ali : Cepatnya masa berlalu skrg ni. Rasa macam Gestuyoubi baru jek semalam kan?
Abu : Ha ah lah...Esok Doyoubi kan? Jangan lupa game futsal kita.

Sampai sini dulu untuk hari ini.
Wassalam.

Renungan Jumaat - Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

RALAT: Minta maaf kepada subscribe kerana artikel yang di post dari Feetblitz semalam tidak lengkap. Saya rasa ini disebabkan oleh tulisan Jepun yang saya masukkan semalam. Nampaknya tulisan jepun tidak boleh dibaca di dalam blog. Oleh itu saya tidak akan masukkan tulisan jepun utk posting akan datang. Mungkin akan di ganti dengan format bergambar. (untuk subscribe, sila gunakan ruangan subscribe di sebelah kiri blog ini)

Terima kasih.

Wassalam.
posted by Abdul Hidier @ 9:46 AM   18 comments
Berapa harga ni?
Thursday, September 14, 2006
Assalamualaikum gakusei tachi..
Konnichiwa.

Macam mana dengan pelajaran sampai ke hari ini?
Ada sebarang masalah ataupon semuanya berjalan lancar?
Hari ini saya selitkan sedikit tulisan jepun. Mungkin sesetengah komputer tidak dapat display tulisan jepun ini. Ini kerana ada komputer yang tidak
support tulisan jepun.

Baiklah, kesinambungan belajar number, kita akan belajar pulak cara untuk bertanya
harga sesuata barang.

Kore (sore) wa ikura desu ka?
これ(それ)はいくらですか?
Berapa harga barang ini (itu)?

Kore = Ini
Sore = Itu

Kore (sore) wa ichi ringgit desu.
これは(それ)は一リンギットです。
Ini harganya seringgit.

Perkataan kore dan sore (ini dan itu) tersebut boleh diganti dengan benda yang ingin di beli.
Contoh:
Kono kamera wa ikura desu ka?
このカメラはいくらですか?
Kamera ini berapa harganya?

Kono juga bermaksud ini.
Kono kamera = Kamera ini
Kono hon = buku ini
Kono ●● = ●● ini
(●● boleh digantikan dengan sebarang benda...macam anu lah tu)

Untuk nilai lain gantikan shj dengan number yg kita dipelajari.

Kore (sore) wa ni ringgit desu.
Kore (sore) wa san ringgit desu.
Kore (sore) wa yon ringgit desu.
dan seterusnya...

Note: Ringgit disebut ringgitto (ring-git-to) dalam Nihongo.
Ringgit juga boleh ditukar dengan sebarang matawang seperti yen atau dolar.

Ganbatte kudaisai.

Wassalam.

Quote of the day:
"Fight like hell, pain is temporary. Quiting last forever"

- Lance Armstrong
posted by Abdul Hidier @ 11:26 AM   2 comments
What time is now?
Wednesday, September 13, 2006
Assalamualaikum.
Ohayou gozaimasu.

Semalam kita dah belajar number dalam Nihongo. Ada pembaca mencadangkan agar lebih menonjolkan sifat ke'Jepun'an dalam blog ini. Di sini saya sertakan gambar untuk number dalam tulisan jepun.
Saya tidak menaip tulisan jepun di sini kerana bimbang ada
sesetengah pembaca tidak boleh display tulisan jepun.
InsyaAllah nanti saya tambahkan sedikit demi sedikit perkara
yang menampakkan ke'Jepun'an.

Hari ini kita belajar cara untuk bertanya masa pulak.
Sambil belajar perkataan baru, boleh juga kita gunakan
number yang kita dah belajar semalam.

Ayat hari ni:
Ima wa nan ji desu ka?
What time is now? Sekarang pukul berapa?

Ima - Now Wa - Is Nan (nani) - What Ji - Time

Bila orang dah tanya kita, mesti nak jawab kan.
So cara menjawab nya:
Ima wa ●● ji desu.
Now is ●● o'clock. Sekarang pukul ●●.

(●● itu mewakili masa).

Ima wa ichi ji desu.
Ima wa ni ji desu.

Ima wa san ji desu.

Ima wa yon (yo) ji desu.
Ima wa go ji desu.

Ima wa roku ji desu.

Ima wa nana (shichi) ji desu.

Ima wa hachi ji desu.
Ima wa kyu (ku) ji desu.

Ima wa jyuu ji desu.

Ima wa jyuu ichi ji desu.

Ima wa jyuu ni ji desu.

(Perkataan dalam kurungan jugak boleh digunakan. Sama maksud)

Kita gunakan dalam perbualan:-

Ali : Abu, pakai jam tak?
Abu : Pakai.
Ali : Ima wa nan ji desu ka?
Abu : Ima wa ichi ji desu. (sekadar contoh pukul 1).

Untuk hari ni, fahamkan penggunaan jam dahulu
Esok kita belajar pula cara untuk memberitahu minit.

Wassalam.

Quote of the day:
"Success produces success, just as money produces money"

- Diane Ackerman

Bosan belajar? Download GOLF GAME di bawah untuk menghilang tensen belajar.
GOLF GAME (right klik and press save target as untuk memudahkan proses download).
posted by Abdul Hidier @ 10:44 AM   0 comments
Number
Tuesday, September 12, 2006
Assalamualaikum.

Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat berpisah dari pengiraan atau number. Setiap hari kita akan berhadapan dengan number. Tidak kira latar belakang, pendidikan ataupon pekerjaan. Paling tidak, kita akan melihat jam - sudah pastinya berkaitan dengan number.

Dalam Nihongo, penggunaan number agak komplex. Banyak berbeza untuk setiap kegunaan.Tapi tak mengapa. Kita belajar slow2. Sehari selembar benang, lama-lama jadilah kain. Itu pon kalau kita tak stop di tengah jalan.

Hari ini kita berkenalan dengan number asas. Dari 1 sampai 10 cukuplah saya rasa.
Hafal jangan tak hafal.

1. Ichi - i-chi
2. Ni
3. San
4. Yon
5. Go
6. Roku
7. Nana / Shichi - shi-chi
8. Hachi - ha-chi
9. Kyu
10. Jyu

Yes...kita sudah kenal number dalam Nihongo sampai 10.
Nak lagi sikit?

Ini panduan untuk number seterusnya:
Jyu = 10
So letak number lain di belakang jyu
11. Jyu ichi
12. Jyu ni
13. Jyu san
dan seterusnya sampailah no 19..

Untuk number puluh pula,
Jyu = 10
Letak number lain di hadapat akan jadi xx puluh.
20. Ni jyu
30. San jyu
40. Yon jyu
dan seterusnya sampai lah no 90.

Lagi........
21. Ni jyu ichi
31. San jyu ichi
41. Yon jyu ichi
dan seterusnya sampailah no 99.

Faham tak? Saya harap semua faham dengan penerangan saya ini.Kalau ada masalah, boleh lah hubungi saya untuk penerangan lanjut.

Wassalam.

Quote of the day:
"If you want to succeed you should strike out on new paths rather than travel the worn paths of accpected success."

- John D. Rockefeller
posted by Abdul Hidier @ 11:41 AM   3 comments
Ogenki desu ka?
Monday, September 11, 2006
Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?
Eh...tiba-tiba jek terus bercakap Nihongo hari ni.
Itu perkataan baru untuk hari ini ke?Ya betul lah tu.
Hari ini kita belajar "Ogenki desu ka?" pulak.

Maksud nya ini ialah "Apa khabar?"

Sewaktu bertemu dengan seseorang, atau menulis surat/email,
ataupon ketika berbual dalam telefon, kita sering bertanya tentang khabar
seseorang itu.Jadi saya rasa elok juga kalau kita tanya cara bertanya khabar
dalam Nihongo.

Apabila orang bertanya kita Ogenki desu ka?
Kita boleh menjawab Genki desu.
(maksud genki desu adalah khabar baik).

Mudah kan untuk belajar Nihongo?

Mari kita baca contoh-contoh di bawah:-

1. Ali bertemu Abu di suatu tempat setelah lama tak berjumpa.

Ali : Eh, Abu. Lama tak jumpa.
Abu : Ya lah. Rasanya sudah 2 tahun kita tak bertemu.
Ogenki desu ka?
Ali : Genki desu.

2. Amin menelefon kawannya Amat (ehh...ada 2 orang pelakon baru hari ini..)

Amin : Moshi moshi. Amin desu.
Amat : Moshi moshi, Amat desu.
Amin : Ogenki desu ka?
Amat : Genki desu.

3. Ali menulis surat kepada keluarganya.

Kehadapan ayahanda dan bonda di kampung, ogenki desu ka?
Ali harap semuanya genki desu.

Hmm..macam kelakar pulak tulis surat campur bahasa melayu dengan Nihongo. :)

Baiklah. Saya harap anda semua faham cara menggunakan perkataan
bertanya khabar "Ogenki desu ka" pada hari ini.

Wassalam.

Quote of the day:
"Most success springs from an obstacle or failure. I became a cartoonist largely
because I failed in my goal of becoming a successfull executive."
-Scott Adams.
posted by Abdul Hidier @ 11:42 AM   0 comments
Sensei Gakusei
Friday, September 08, 2006
Assalamualaikum.

Kat sini tiap hari hujan sekarang ni. Petang-petang tu biasanya hujan lebat.
Semalam dah planning nak main bola, tapi terpaksa kensel. Tapi setiap kejadian
ada hikmahnya. Nasib baik hari ni dah Jumaat, seronok nya.

Berbalik kepada pelajaran Nihongo kita, hari ini kita belajar 2 perkataan
yang saya rasa sering digunakan dalam proses pembelajaran.
1. Sensei = cikgu
2. Gakusei = pelajar

So mulai hari ini, boleh lah mula panggil saya sensei. :)

Mari kita cuba gunakan perkataan ini dalam perbualan.

Contoh 1.

Ali baru tiba di kelas. Dia bertemu dengan Abu.

Ali : Ahayou gozaimasu.
Abu : Ahoyou gozaimasu.
Ali : Dah pukul 8 ni. Sensei tak masuk lagi ke?
Abu : Ye lah, tak nampak lagi sensei datang.
Ali : Pelik nya. Gakusei lain pon takde. Mana diorang pergi?
Abu : Eh, hari ini kan cuti...
Ali/Abu : ???????????????

Contoh 2.

Ali sakit perut dan tidak dapat ke sekolah.Ali telefon sensei nya:

Sensei : Moshi moshi.
Ali : Watashi wa Ali desu.
Sensei : Oh Ali, Ada apa?
Ali : Hari ini saya MC.
Sensei : Baik lah.
Ali : Arigatou gozaimasu.
Sensei : Hari ini ada 4 orang gakusei bercuti termasuk awak.

Sekian untuk pelajaran hari ni. Selamat bercuti.
Wassalam.

Quote of the day:
Rendahkan lah diri sedalam mutiara di lautan, terpendam diam di dasar laut.
Namun nilai nya amat lah tinggi.
- Biasa dengar tapi tak tahu dari siapa.
posted by Abdul Hidier @ 11:16 AM   0 comments
Ucapkan terima kasih
Thursday, September 07, 2006
Assalamualaikum.

Untuk hari ini, kita belajar satu perkataan sahaja kerana kita dah
belajar banyak perkataan semalam. Ini adalah bagi memberi peluang
kepada pembaca untuk meng'aplikasi' perkataan-perkataan sebelum ini
terlebih dahulu.

Perkataan hari ini:
Arigatou gozaimasu.

Saya rasa ramai yang sudah tahu perkataan arigatou. Saya percaya perkataan ini amat glamor.
Aritaou gozaimasu bermaksud terima kasih.

Sebenarnya kita boleh ucapkan arigatou sahaja.
Arigatou itu sendiri sudah membaca maksud terima kasih.

Untuk makluman para pembara, Nihongo (Japanese) ini sangat indah.
Ada perkataan-perkataan digunakan mengikut darjat seseorang -untuk orang atasan,
cikgu, anak murid, kawan-kawan dan lain lain lagi.

Perkataan arigatou gozaimasu boleh digunakan kepada siapa sahaja. Manakala arigatou hanya sesuai digunakan kepada kawan-kawan
ataupon orang yang pangkatnya lebih rendah.

Berbanyak-banyaklah ucapkan terima kasih kepada orang lain yang membantu kita.
Tak rugi berterima kasih.

Sekian dulu untuk hari ini.
Arigatou gozaimasu kerana membaca.

Wassalam.

ps: Hari ini saya ada dapat satu file yang agak menarik. Sesuai untuk ibu bapa. Silalah download.
MEMBENTUK KEPERIBADIAN CEMERLANG.

Quote of the day:
"Happiness is neither virtue nor pleasure nor this thing nor that, but simply growth.
We are happy when we are growing."
- William Butler Yeats
posted by Abdul Hidier @ 12:47 PM   0 comments
Greeting
Wednesday, September 06, 2006
Assalamualaikum.

Kita sudah belajar ayat-ayat untuk berkenalan dalam Nihongo (Japanese).
Hari ini kita akan belajar pula perkataan untuk mengucapkan selamat ataupun
GREETING dalam English nya. Setiap hari kita akan bertemu dengan kawan-kawan.
Jadi saya rasa penting juga untuk kita ketahui greeting dalam Nihongo ni.
Boleh juga kita pelbagaikan greeting kita - BM, English, Nihongo.

Hari ini kita belajar 4 greeting yang biasa digunakan:-
1. Moshi-moshi
2. Ohayou gozaimasu
3. Konbanwa
4. Konnichiwa

Moshi-moshi
Perkataan ini digunakan ketika menjawab panggil telefon yang bermaksud Hello.
Kalau kita biasa tgk cerita Jepun, mungkin perasan perkataan ini... moshi moshi...

Contoh ayat:
Ali menerima panggilan telefon dari Abu.
Ali angkat gagang dan jawab panggil tersebut.

Ali : Moshi moshi.
Abu : Moshi moshi. Abu di sini. Boleh saya bercakap dengan Ali.
Ali : Ya, Ali di sini.

Maksud:
Ali : Hello.
Abu : Hello. Abu di sini. Boleh saya bercakap dengan Ali.
Ali : Ya, Ali bercakap.

Ohayou gozaimasu
Perkataan ini bermaksud Good Morning. Biasanya kalau jumpa kawan-kawan
ataupon bos di pagi hari, greeting ini lah yang digunakan - ohoyou gozaimasu
(sambil menundukkan sedikit kepala..hehe)..

Konnichiwa - Good Day
Konbanwa - Good Evening

3 perkataan ini - ohayou gozaimasu & konnichiwa & konbanwa -
penggunaan nya sama, cuma masanya yang berbeza.
Ohayou gozaimasu digunakan pada waktu pagi.
Konnichiwa tengah hari sampai lebih kurang pukul 6 petang...
Konbanwa pulak dari pukul 6 sampai lah malam hari...
(Jangan lupa tundukkan sedikit kepala bila greeting ni.. :)

Contoh ayat:
Ali bertemu Abu sewaktu baru datang kerja pada pagi hari.

Ali : Ahayou gozaimasu (sambil tundukkan kepala)
Abu : Ahayou gozaimasu (sambil tundukkan kepala juga)

So lepas ni boleh lah praktikkan bila berjumpa kawan-kawan.
Tapi sebaik-baiknya, amalkan salam - ASSALAMUALAIKUM - inilah greeting yang
paling baik untuk umat islam.

Wassalam.

Quote of the day:
"Even if you're on the right track, you'll get run over if you just sit there."
-Arthur Godfrey

Ingin menambahkan pembacaan? Sila download file di bawah untuk membaca
sejarah hidup junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W
Download (sila klik kanan dan select save as).
posted by Abdul Hidier @ 12:46 PM   0 comments
Nama awak siapa?
Tuesday, September 05, 2006
Assalamualaikum.

Semalam kita dah belajar cara untuk beritahu nama kita.
Watashi wa Ali desu.

Bila kita perkenalkan diri, pastinya kita juga ingin tahu nama orang lain.
Betul tak? Jadi hari ini, kita belajar pula cara bertanya nama orang.

3 perkataan baru untuk hari ini:
1. Anata
2. Dare
3. Ka

Anata bermaksud awak.
Dare adalah kata soalan yang bermaksud siapa atau 'WHO' di dalam English.
Ka pula seperti bahasa Melayu - 'ke?'.

Cara menggunakan perkataan ini:
Anata wa dare desu ka? = Siapa nama awak?
Perkataan 'ka' akan di letakkan setiap kali kita bertanya soalan.

Mari kita menggunakan perkataan-perkataan yang telah kita pelajari.

Contoh dialog:-

Ali : Hajimemashite. Watashi wa Ali desu.
Anata wa dare desu ka?
Abu : Hajimemashite. Watashi wa Abu desu.

Maksudnya:
Ali : Salam perkenalan. Saya Ali.
Siapa nama awak?
Abu : Salam perkenalan. Nama saya Abu.

Faham tak cara menggunakan ayat-ayat di atas?
Jika tidak faham, soalan boleh diajukan kepada saya.
InsyaAllah saya akan cuba membantu.

Wassalam.

Quote of the day:
"If you want to be successful, find someone who has achieved the results you want and copy what they do, and you'll achive the same results"
- Anthony Robbins
posted by Abdul Hidier @ 1:01 PM   3 comments
Nama saya...
Monday, September 04, 2006
Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua? Masih ingat lagi 2 perkataan dalam kelas yang lepas?HAJIMEMASHITE dan NIHONGO.
Saya harap anda masih ingat. :)

Hari ini kita akan belajar cara untuk memperkenalkan diri.
Ye lah, selepas cakap Hajimemashitekat orang lain, pasni nya kita nak kasitau nama kita.

3 perkataan baru untuk hari ni:
1. Watashi
2. Wa
3. Desu

Watashi bermaksud saya.
Wa bermaksud 'is'.
Desu pulak tiada maksud. Desu ini tiada penggunaan nya dalam bahasa Melayu.
Desu digunakan untuk menunjukkan sopan santun dalam sesuatu ayat.
Watashi wa Ali desu = Saya ialah Ali.

Baiklah.Mari kita gunakan perkataan-perkataan ini.

Contoh dialog:-

Ali : Hajimemashite, watashi wa Ali desu.
Abu : Hajimemashite, watashi wa Abu desu.

Maksudnya:

Ali : Salam perkenalan. Nama saya Ali.
Abu : Salam perkenalan. Saya Abu.

Note : Walaupon translation di atas sedikit berbeza, tetapi maksud adalah sama.

ps: Hari ini saya terima file menarik dari seorang kawan melalui email. Saya ingin berkongsi dengan pembaca di sini. Boleh download dari link di bawah.
Uji IQ anda. (sila klik kanan dan select save as).

Quote of the day:
"It's easy to remain mediocre. All you need to do is spend major time on minor things with minor people."
-Jim Rohn
posted by Abdul Hidier @ 1:35 PM   0 comments
Hajimemashite
Friday, September 01, 2006
Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan September.Dah 49 tahun kita merdeka.Cepatnya masa berlalu. Dah 9 bulan dalam tahun 2006.Apa agaknya yer pencapaian kita dalam tahun ni?

OK.Seperti yang dijanjikan, kita mula belajar bahasa jepun. Untuk hari ni, kita belajar perkataan ini:
HAJIMEMASHITE. ha-ji-me-ma-shi-te
NIHONGO. ni-hon-go

Untuk makluman, Hajimemashite adalah perkataan bahasa jepun pertama yang saya belajar di kelas bahasa jepun dulu. Waktu tu saya takde langsung basic bahasa jepun.Terpinga-pinga saya pasal cikgu yang ajar bahasa jepun tu, masuk kelas jek terus cakap HAJIMEMASHITE.

Apa maksud HAJIMEMASHITE ni?Maksud nya SALAM PERKENALAN atau pon NICE TO MEET YOU dalam English.Sebenarnya tiada direct translate untuk perkataan ini dalam bahasa Melayu ataupon English.Perkataan ini kita gunakan bila pertama kali berjumpa orang.

NIHONGO pulak bermaksud Bahasa Jepun.Mulai hari ini, saya akan gunakan perkataan Nihongo setiap kali menyebut bahasa Jepun.


Contoh gunaan:Ali pertama kali berkenalan dengan Abu.

Ali : Hajimemashite. Saya Ali.
Abu : Hajimemashite. Saya Abu.
Ali : Saya baru mula belajar Nihongo hari ini.
Abu : Oh ye ke.Saya sudah belajar Nihongo selama sebulan.

Saya harap penerangan saya ini senang untuk difahami.
Sekian dulu untuk perkataan pertama dalam sesi suai kenal kelas Nihongo (bahasa Jepun) pada hari ni.

Wassalam.

ps: Kalau berminat dengan Doraemon, boleh lah upload file lirik lagu doraemon di sini.
LAGU DORAEMON

Quote of the day:
"If you know yourself and your enemy, in a hundred battles, you will never fear the result."
-Sun Tzu

posted by Abdul Hidier @ 3:40 PM   1 comments
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com