Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
Sedap nya...oishii
Wednesday, September 27, 2006
Assalamualaikum.

Dah berapa hari kita berpuasa ye?
Ha....puasa baru jek bermula..takkan dah tak tahu berapa hari puasa?

Waktu bulan puasa ni, ramai yang mengambil kesempatan membeli belah untuk berbuka di pasar ramadan. Nak bershopping tu boleh, tapi jangan sampai membazir. Kalau family ada 5 orang shj, jangan lah beli makanan untuk 10 orang. Lepas tu makan tak habis, makanan yang berlebihan tu dibuang sajek. Esok ulang lagi..lusa ulang lagi..tulat ulang lagi..banyak nye membazir. Ingat-ingat sikit ye...

Makanan untuk berbuka puasa ni biasa nya sedap-sedap. Bak kata KFC, sehingga menjilat jari. Makan sana, makan sini..berbuka makan, supper makan, sahur makan.Last-last, hujung bulan berat badan bertambah. Macam mana nak diet waktu bulan puasa kalau gini.

Perkataan Nihongo kita pada hari ini satu perkataan sahaja:
Oishii. -oi-shi-i- (bunyi cam oi-shi-i, tapi sebutnya just oi-shi jek)
Oishii ni maksud nya sedap.

Sudah menjadi kebiasaan orang Jepun, bila merasa makanan, diorang akan sebut OISHII.
konon-konon sedap lah tu. Bersesuaian lah dengan aktiviti kita pada bulan puasa ni. Makan.
Rasa itu sikit, ini sikit - Oishii nya...

Nanti bila pergi pasal malam boleh lah tanya orang yang jual tu,
"akak, kuih ni oishii tak?" :)

Kalau yang menjual pulak, boleh la cakap,
"Adik, beli kuih ni dik. Oishii ni."

Kat rumah pon boleh guna,
"Abang, makan lah mee goreng tu. Oishii tau..saya yang masak"

Eh..orang Malaysia yang tak faham Nihongo faham ke?
Guna jek lah. Kalau diorang tak faham, tolong lah ajarkan.
sila dad
Wassalam.

Note: Hari ini takde quote. Sempena bulan puasa, saya gantikan dengan fadzilat tarawih.

Malam ke 5

Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram,
Masjid Madinah dan Majidil Aqsa

Sila klik sini untuk download fadzilat dan kelebihan solat tarawih untuk sebulan ramadan.
posted by Abdul Hidier @ 10:46 AM  
2 Comments:
  • At 8:22 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nota kaki: Selain dari oishii, boleh jugak cakap 'umai'.
    Mungkin saudara Hidet boleh terangkan lebih lanjut dalam entri berikutnya. Det, aku malas nak buat blog. aku jadi penulis nota kaki kat blog kau dah le.Datuk R.

     
  • At 8:55 AM, Blogger Abdul Hidier said…

    Terima kasih datuk R. Nanti saya cuba ulaskan..

    untuk makluman pembaca, "umai" dan "oishii" tu mempunyai maksud yang sama. ganti jek "umai" tu dengan "oishii" dalam perbualan anda..

    kalau aku tukar nama jadi Datuk H ok ka na? hehe..

     
Post a Comment
<< Home
 
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com