Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
Adakah anda menepati masa?
Tuesday, February 19, 2008
Adakah anda menepati masa?

Orang kita ni, seolah-olah dah sebati dengan jiwa mereka. Apabila berjanji tentang masa, biasanya akan lambat daripada masa yang ditetapkan. Contoh kalau janji nak jumpa kat mana-mana tempat pada pukul 3 petang. Biasanya kita terpaksa tambah 10~30 minit. Lagi teruk kadang-kadang sampai sejam lebih.

Lewat ni dah jadi lumrah. Ada orang, nak elakkan masalah ni diorang janji awal dari masa sebenar. Nak buat meeting pukul 3, kasitau kat ahli-ahli pukul 2.30. Tapi cara ni, kesian pulak kat orang yang memang on time. Jenuh la nak menunggu.

Tak boleh ke orang kita ubah sikap diorang ye? Kalau buat janji tu pukul 4, pukul 3,55 ataupon pukul 4 tepat dah ada kat tempat yang dijanjikan. Kan senang. Semua orang senang hati. Kerja pon senang nak dijalankan.

Masa saya kat jepun dulu, janji tentang masa ni takde masalah. Bukan setakat orang jepun, dengan oramg Malaysia kat sana pon senang. Masing-masing dah faham. Kalau pukul 3, maksudnya pukul 3 tepat lah. Tak de lewat-lewat.

Saya ada tengok kat TV ada sekali tu rancangan mengatasi masalah lewat/tak tepati masa ni.
Idea diorang, buat janji pada number yang agak ganjil. Contohnya, kalau pukul 4, kasitau orang perjumpaan pada pukul 3.58. Kalau 3.30, kasitau pukul 2.29. Diorang buat kajian. Kesannya banyak jugak. Lebih ramai yang hadir awal. Apa kata kita cuba ? :)

So, kita pon kena ubah sikap kita. Pastikan kita datang pada masanya. Jangan biarkan orang yang kita janji tu tertunggu-tunggu. Banyak faedahnya kalau tetapi masa ni.

Jikan wo mamotte kudasai ne..

http://hidet.blogspot.com
http://hutan-bandar.blogspot.com
posted by Abdul Hidier @ 8:54 AM   5 comments
Cuba, gagal, berhenti?
Monday, February 18, 2008
Semalam saya pergi menjala dengan seorang kawan. Ini kali pertama saya menjala sebenarnya. Nampak mudah tapi untuk the beginner macam saya ni susah lah jugak. Berapa kali tebar, jala tak jugak nak kembang. Hasilnya, saya tak dapat seekor pon hasil jala semalam. Huhu..Nasib baik lah ada pasang pukat, ada lah jugak hasil dari pukat tu.

Kiranya, percubaan pertama saya gagal lah. Nak teruskan menjala lain kali ataupon terus berhenti? Mesti pelbagai pendapat ada kan. Ada yang suruh berhenti, ada yang suruh cuba lagi, ada yang tak kisah nak buat apa-apa pon.

Begitu jugaklah dengan kehidupan kita sehari-hari ni. Setiap percubaan mesti ada yang berjaya dan yang gagal. Tapi yang penting kita harus cuba dulu. Dah cuba baru tahu berjaya atau gagal. Macam kes menjala saya tu la. Bukan lah gagal, cuba tak berjaya pada percubaan pertama. :)

Ada orang yang tak berjaya pada percubaan pertama, terus berhenti mencuba. Maksudnya, dia gagal lah kot. Ada yang cuba lagi sehingga berjaya. Sikap macam ni yang kita nak. Ada yang berhenti, tapi merancang strategi baru untuk berjaya. Sikap macam ni pon OK jugak.

Dalam nihongo, ada perkattan CYUUTO HANPA - buat kerja separuh jalan ataupon buat kerja tak sungguh-sungguh lebih kurang maksud dia.

Contoh ayat :
"Kau ni..buat kerja cyuuto hanpa betul".
"Tak sedap betul la lauk ko ni. Cyuuto hanpa jek ko masak ni".
"Minta maaf lah hasil kerja ni cyuuto hanpa jek".

So terpulanglah kepada anda. Yang penting, anda harus cuba dulu. Baru tahu berjaya atau gagal.
Tapi jangan anggap gagal sebelum mencuba.

posted by Abdul Hidier @ 10:59 AM   1 comments
Lagu Doraemon
Saturday, February 16, 2008

Assalamualaikum.

Tadi waktu tengah surf intenet, saya terjumpa lagi doraemon.
So saya pon terfikir nak letak kat sini. Mana tahu ada kawan-kawan yang nak dengar.
Lirik nye boleh tengok kat post saya yang dah lama dulu tu. Lirik Doreamon



Selamat menyanyi. :)
posted by Abdul Hidier @ 2:18 PM   0 comments
Santai di hari sabtu

Omae wa ore no namaka da....

Assalamualaikum.
Hari ni saya tak membebel. Nak copy paste artikel orang kasi jek. :)

------------------------------------------------------------------------

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan
baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
posted by Abdul Hidier @ 9:01 AM   4 comments
Sibuknyaaaaaaaaaaaaaa
Friday, February 15, 2008

Assalamualaikum.

Sehari dua ni saya agak sibuk. Banyak kerja/benda nak kena buat. Kat opis ngan hal opis, kat rumah dengan hal rumah. Ada saja hal nya.

Rasanya ramai antara kita yang biasa dengar orang lain (ataupon diri sendiri?) mengeluh terlalu sibuk. Kerja banyak sangat. Sampai tak terkejar. Tak cukup tangan. Kalau ada tangan lebih kan bagus. Baru cukup tangan kot.

Dalam nihongo, ada kotowaza ni :

Neko no te mo karitai
- Tangan kucing pon nak pinjam

Neko - kucing
Te - tangan (kaki?)
Karitai - mahu pinjam

Terlalu sibuk. Extremely busy. Sampaikan terasa nak pinjam tangan dari kucing ni. Kot-kot kucing dapat bantu yang mana patut.

Itu peribahasa je lah. Agak-agak kalau nak suruh kucing buat kerja, apa yang sesuai ye? :)

Wassalam.
posted by Abdul Hidier @ 8:55 AM   0 comments
Bertemu dan berpisah
Thursday, February 14, 2008
Assalamualaikum.









Hari ini kita belajar satu kotawaza (Peribahasa ) nihongo:

Au wa wakare no hajime
-Pertemuan adalah permulaan bagi perpisahan

Au - Pertemuan
wakare - berpisah
Hajime - permulaan

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hari ini kita bertemu, di lain hari pasti nya berpisah.
Lumrah dunia. Kalau tak berpisah sementara, berpisah selama-lamanya (mati lah tu).
Perpisahan pasti terjadi.

Ingat lagi tak cinta pertama kita? Ingat lagi macam mana bertemu dengan cinta pertama kita tu? Sekarang macam mana? Masih bersama ataupon sudah berpisah? Untuk diri saya secara peribadi, saya masih ingat cinta pertama saya. Masih ingat kali pertama bertentang mata, masih ingat pertemuan pertama. Tapi dah berpisah pon.

Begitu juga dengan kawan-kawan kita zaman sekolah dulu. Cikgu-cikgu. Dan ramai lagi.
Bertemu, akhirnya berpisah.

Wassalam.
posted by Abdul Hidier @ 8:12 AM   2 comments
Nak masuk syurga, tapi takut mati
Wednesday, February 13, 2008

Ore wa mada sinitakunai - I don't want to die yet. Aku belum mahu mati.

Hampir semua org, kalau kita tanya "nak masuk syurga ke tak?", mesti diorang akan jawab "nak". Tapi kalau ditanya, "berani mati x?" , mungkin sebilangan kecil sahaja yang berani mati. Tak ramai yang berani mati. Kalau nak masuk syurga, tapi tak nak mati, macam mana nak masuk syurga? Kena mati dulu baru boleh masuk syurga kan?

Itu lah realiti. Ramai yang impikan untuk menjadi masuk syurga, menjadi kaya, hidup senang. Namun, apa amalan yang dah kita buat untuk masuk syurga tu? Apa tindakan kita untuk jadi kaya? Apa usaha kita untuk hidup senang? Persoalan-persoalan tu boleh kita fikirkan dan jawab kepada diri sendiri dengan ikhlas.

Ala...jawab kat diri sendiri. buat apa nak tipu diri sendiri. Betul tak?
posted by Abdul Hidier @ 8:36 AM   1 comments
Happy New Year
Saturday, January 05, 2008
Assalamualaikum.

2008 dah menjelma akhirnya. Akemashite omedetou gozaimasu.

Salam rindu buat semua. Lama saya menyepi.
Mungkin tahun ini saya akan kembali menulis di blog ini.
InsyaAllah.

Macam mana azam tahun baru ni?
Azam tahun 2007 dah realisasikan ke belum?
Sama-sama kita mendoakan agar tahun 2008 ini membawa tuah untuk kita.

Saya ada gambar terbaru. Kalau ada yang nak tengok, boleh lah klik kat sini:
http://picasaweb.google.com/abdulhidier/Det

Wassalam.
posted by Abdul Hidier @ 10:30 AM   1 comments
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com