Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
Lawak hari ini
Wednesday, December 20, 2006
Assalamualaikum..

Penyakit malas saya datang lagi...so xde la pelajaran nihongo hari ni..huhu

Wassalam.
-------------------------------------------------------------------------------
Wasiat Isteri


Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana
kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus
menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang,
malah terus satu baldi. Para hadirin merasakan tindak tanduk itu
membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang
bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai
daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa
bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang
yang sedemikain solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda
tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram
air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi seta
ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil
meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah
tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang
sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang
membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang
takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang
teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab "Arwah isteri ku telah
berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas
kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk
memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

Takde Otak

Pada suatu hari, seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah
mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah
tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak,
pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan
doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti
tidak dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa
ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan
isya'Allah pun pak cik tak sebut?". Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh
mengenai otaknya kerana dia memang tak ada otak, kalau dia ada otak, tentu
dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto
belajor!".

Bapak Borek Anak Rintik

Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang
sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari, ketika
pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat orang
kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang
penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang
berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan.
Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. "Nampaknya
anak aku dah lawan taukeh ni." bisik hatinya.

Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak
sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba
penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk
tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, Namu, kebimbangan ini hilang
bila bapanya timbul semula. "Bapa pergi mana?" tanya anaknya segera.
"Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai,
rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit
dalam sungai tu." mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak
pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah.
Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan
menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila
dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. "Itulah
bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak
tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya."

Kursus Kahwin

Seorang pemuda yang hendak mendirikan rumahtangga telah berjumpa dengan tok
kadi untuk diuji perkara-perkara asas mengenai agama. Tok kadi mula
bertanya secara rambang.

Tok Kadi : Boleh awak membaca doa Qunut?
Pemuda : Boleh.
Tok Kadi : Boleh bacakan sekarang, ustaz nak dengar.
Pemuda : Tersangat boleh, ustaz nak dengar yang panjang atau yang pendek?
Tok Kadi : Ada dua jenis ke? Tapi tak mengapa, sila bacakan kedua-duanya
sekali.
Pemuda : Kalau yang pendek, bacanya....Qunut! dan kalau yang panjang,
bacanya....Qunuuuuuuuuuuuuuuuut!

Si Lurus

Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang
motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat "P" hendaklah digantung pada
motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang dia
telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.

Polis : "P" mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak berguran plak yea, "P" mana?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana
"P"?
Pak Cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa
hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang hang
pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi...pi lah.....
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa,
saja cari pasai!!!!!

Si Gila

Suatu hari, seorang pesakit gila di Tanjung Rambutan diziarahi kaum
keluarganya. Apabila keluarganya hendak balik, pesaki gila telah berkata
kepada kawannya yang sama-sama gila.

Orang Gila 1 : Tengok tu, orang-orang gila tu dah nak balik.
Orang Gila 2 : Kenapa engkau kata mereka Gila?
Orang Gila 1 : Mereka tidak percaya yang aku nie Hang Tuah.
Orang Gila 2 : Tapi kau memang pun bukan Hang Tuah.
Orang Gila 1 : Apsal kau cakap aku bukan Hang Tuah?
Orang Gila 2 : Aku pernah bertarung dengan Hang Tuah di Istana Melaka, dia
tidak sedikit pun seperti kau.
Orang Gila 1 : Kau siapa sebenarnya?
Orang Gila 2 : Hang Jebat.........

The Boss is Always Right

Seorang Bos ynag tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahanya telah
menggantungkan peratuan untuk dijadikan panduan.

Rule No. 1 : The Boss is Always Right
Rule No. 2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No. 1.

Ponteng

Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya an menelefon
pihak sekolah.

Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin
Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.

Mind Your Language

Seorang guru sering menggunakan bahasa kasar ketika mengajar, berkata;

Cikgu : Siapa yang rasa dirinya bodoh dalam kelas ni sila berdiri!

Tiada siapa yang berdiri. Dan cikgunya bertanya soalan yang sama lagi,
masih tiada yang berdiri. Namun, setelah beberapa ketika, seorang pelajar
berdiri.

Cikgu : Bagus! Tahu pun diri awak bodoh, Sekarang beritahu saya kenapa awak
rasa diri awak bodoh?
Pelajar : Sebenarnya saya tak rasa diri saya bodoh cikgu, tapi saya kesian
tengok cikgu berdiri sorang jer
posted by Abdul Hidier @ 3:28 PM   4 comments
SMS pilihan
Friday, December 15, 2006
Assalamualaikum.



Kyou wa yasumi desu. Wink .
Kita baca ayat-ayat best yang biasa orang SMS.

-------------------------------------------------------------

B'KAWANLAH SPT TANGAN & MATA
KRN APABILA TNGN SAKIT, MATA AKN MNANGIS
& APABILA MATA MNANGIS TNGN AKAN MMUJUKNYA
DGN MENGESAT AIR MATA YG MNGALIR...

-------------------------------------------------------------
jika ada kamera

kanku rakam gambarmu

senyumanmu menggoda

wajahmu yg ayu

kan ku tampal

di semua botol budu & jeruk petai

supaya mudah laku...

ha3

-------------------------------------------------------------

Hari ini malang
betul, pagi d kejar
anjing gile, ptg d
mrh peniage

gile, baru tadi d
kacau budak
gile, sekarang
meseg ini pula d

bace oleh org
gile..heheh

-------------------------------------------------------------

True friendship
requires real
effort..

even when
everyone is busy
with their own
lives,

a simple msg
reminds each
other tat u r not
4gotten..

take care.. =p

-------------------------------------------------------------
_/l_
>','< ()()
" " ( ", ) *,
,,,*;,,,,(')(')),,/,,.*

Org kate klu rindu tgkla bntg mlm2
walaupn kite jauh tp kite masih tgk bntg yg samekn? =)

-------------------------------------------------------------

, , , ,(
,c '> saje
/ __' nak
_ < ucap slmt pg..

pd org COMEL yg mmegang hp...
eh.. senyum plak dia!

kite pun pegang hp jugak tau!

-------------------------------------------------------------

Awak jwp soalan sy;
Berapa byk syg Dlm hati awak Utk sy?
Pilih cepat---->
100% (call skrg)
50% (anta msj)
25% (miscal je)
0% (diam je)

Sy tnggu tau... ... ... ..
-------------------------------------------------------------

Sekian.

Wassalam.

Quote of the day:
"Once the game is over, the King and the pawn go back in the same box."
- Italian Proverb
posted by Abdul Hidier @ 4:01 PM   0 comments
Katakana
Thursday, December 14, 2006

Assalamualaikum.

Hari ini kita berkenalan dengan sejenis lagi tulisan Nihongo - Katakana. Apa yang di maksudkan dengan katakana?

Merujuk kepada Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Katakana) , katakana adalah:

--------------------------------------------------------------

Katakana is a Japanese syllabary, one component of the Japanese writing system along with hiragana, kanji, and in some cases the Latin alphabet.

The word katakana means "fragmentary kana," as they are derived from components of more complex kanji.
Katakana are characterized by short straight strokes and angular corners, and are the simplest of the Japanese scripts.

There are two main systems of ordering katakana, the old-fashioned iroha ordering, and the more prevalent gojūon ordering.

--------------------------------------------------------------

Katakana biasanya digunakan untuk menulis perkataan yang diambil dari bahasa asing seperti bahasa english. Nama untuk orang asing jugak ditulis menggunakan katakana.

Contoh nama saya:

Abdul Hidier - Abudoru Hideru


Sekian.

Selamat belajar.Ganbatte kudasai ne.

Wassalam.

Quote of the day:
"Beginning is easy - Continuing is hard."
-Japanese Proverb
posted by Abdul Hidier @ 1:31 PM   0 comments
Derma Darah
Wednesday, December 13, 2006
Assalamualaikum.

Saya baru jek lepas derma darah. Wah....baru kali ke-2 derma ni. Best nye. Kepada kengkawan yang takut-takut nak menderma tu, saya galakkan menderma. Ala, tak sakit pon.

Derma darah - Kenketsu
Darah - Chi

Hukum derma darah berdasarkan hompej:

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya

Keputusan :

i. Menderma darah hukumnya harus.
ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.
iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.

Refer : http://www.ikim.gov.my/suduthukum/mal/hukumview.php?lang=1&idf=358

Lagi satu, ini pon berdasarkan internet gak:

Japanese Blood Type Personality Chart

Type A
Best Traits: Conservative, introverted, reserved, patient, punctual, and perfectionist.
Worst Traits: Obsessive, stubborn, self conscious, and uptight.
Famous As: George H. W. Bush, Ayumi Hamasaki, O. J. Simpson, Britney Spears, Alan Alda, Adolf Hitler, Lyndon B. Johnson, Richard Nixon

Type B
Best Traits: Creative and passionate. Animal loving. Optimistic and flexible. Individualist.
Worst Traits: Forgetful, irresponsible, and self-centered.
Famous Bs: Akira Kurosawa, Jack Nicholson, Luciano Pavarotti, Tom Selleck, Mia Farrow, Paul McCartney, Leonardo DiCaprio, Vince Young, Nadia Akmal

Type AB
Best Traits: Cool, controlled, rational. Introverted. Empathic.
Worst Traits: Aloof, critical, indecisive and unforgiving.
Famous ABs: John F. Kennedy, Marilyn Monroe, Mick Jagger, Thomas Edison, Bob Sapp, Miyavi, Ken Kitamura

Type O
Best Traits: Ambitious, athletic, robust and self-confident. Natural leaders
Worst Traits: Arrogant, vain and insensitive. Ruthless
Famous Os: Ronald Reagan, Queen Elizabeth, John Lennon, Paul Newman, Elvis Presley, Gerald Ford, Mikhail Gorbachev, Al Capone, Crystal Kay

Sekian. Selamat menderma darah.

Wassalam.

Quote of the day:
"Family isn't about whose blood you have. It's about who you care about."
-Trey Parker and Matt Stone,
posted by Abdul Hidier @ 2:41 PM   0 comments
IT Helpdesk Jokes
Monday, December 11, 2006
Assalamualaikum.

Pepagi Isnin ni ramai yang tak bersemangat nak buat kerja. Monday blues la katakan. Tapi ada gak kengkawan saya yang bercouple tu, punya la semangat nak datang kerja hari Isnin. Nak jumpa buah hati lah katakan. Hari ini kita bercuti belajar nihongo. Rilexkan diri anda. Mari kita baca jokes pendek kat bawah ni.

Wassalam.

==================================================================

Customer: Hi, this is Celine. I can't get my diskette out.
Helpdesk: Have you tried pushing the button?
Customer: Yes, sure, nothing happens, it must be really stuck.
Helpdesk: That doesn't sound good; I'll make a note
Customer: No ... wait a minute... I hadn't inserted it yet...it's still on
my desk... sorry .

---------------------------------------------------------------------

Helpdesk: Click on the 'my computer' icon on to the left of the screen.
Customer: Is that your left or my left?

---------------------------------------------------------------------
Helpdesk: Good day. How may I help you?
Male customer: Hello... I can't print.
Helpdesk: Would you click on start for me and.....
Customer: Listen pal; don't start getting technical on me! I'm not Bill
Gates damn it !

---------------------------------------------------------------------

Hi, good afternoon, this is Martha, I can't print.
Every time I try it says 'Can't find printer'.
I've even lifted the printer and placed it in front of the
monitor, but the computer still says it can't find it...

---------------------------------------------------------------------

Customer: I have problems printing in red ...
Helpdesk: Do you have a colour printer?
Customer: Aaaah....................thank you.

---------------------------------------------------------------------

Helpdesk: What's on your monitor now ma'am?
Customer: A teddy bear my boyfriend bought for me in the supermarket.

---------------------------------------------------------------------

Helpdesk: And now hit F8.
Customer: It's not working.
Helpdesk: What did you do, exactly?
customer: I hit the F-key 8-times as you told me, but nothing's happening.

---------------------------------------------------------------------

Customer: My keyboard is not working anymore.
Helpdesk: Are you sure it's plugged into the computer?
Customer: No. I can't get behind the computer.
Helpdesk: Pick up your keyboard and walk 10 paces back.
Customer: OK
Helpdesk: Did the keyboard come with you?
Customer: Yes
Helpdesk: That means the keyboard is not plugged in. Is there another
keyboard?
Customer: Yes, there's another one here. Ah ... that one does work!

---------------------------------------------------------------------

Helpdesk: Your password is the small letter a as in apple, a Capital letter
V as in Victor, the number 7.
Customer: Is that 7 in capital letters?

---------------------------------------------------------------------

A customer couldn't get on the Internet: -
Helpdesk: Are you sure you used the right password?
Customer: Yes I'm sure. I watched my colleague do it.
Helpdesk: Can you tell me what the password was?
Customer: Five stars.

---------------------------------------------------------------------

Helpdesk: What anti-virus program do you use?
Customer: Netscape.
Helpdesk: That's not an anti-virus program.
Customer: Oh, sorry ... Internet Explorer.

---------------------------------------------------------------------

Customer: I have a huge problem.
A friend has placed screensaver on my computer, but every time I move the
mouse, it disappears !

---------------------------------------------------------------------

Helpdesk: Microsoft Tech Support, may I help you?
Old woman: Good afternoon! I have waited over 4 hours for you.
Can You please tell me how long it will take before you can help me?
Helpdesk: Uhh..? Pardon, I don't understand your problem?
Old woman: I was working in Word and clicked the help button more than 4
hours ago.
Can you tell me when you will finally be helping me?

---------------------------------------------------------------------

Helpdesk: How may I help you?
Customer: I'm writing my first e-mail.
Helpdesk: OK, and, what seems to be the problem?
Customer: Well, I have the letter " a ", but how do I get the circle around
it?

---------------------------------------------------------------------

Quote of the day:
"The best ideas come as jokes. Make your thinking as funny as possible."
- David M. Ogilvy
posted by Abdul Hidier @ 8:44 AM   0 comments
Link komik
Friday, December 08, 2006
Assalamualaikum.

Wah..kat luar tu lebatnya hujan. Kena tempias Durian ke? Dah la gelap semacam jek sedangkan hari masih awal.

Hari ini kita bercuti ye. Saya tengah sibuk download katon Onepiece. Saya baru dapat address untuk download komik-komik ni kat intenet.

Meh kita kongsi bersama:
http://mangahelpers.com - terdapat macam-macam manga kat sini.
http://groups.msn.com/OnePieceMangav-2 - ini untuk katon Onepiece sahaja.

Download =
Tulisan tu dalam Katakana. Kita berkenalan dengan katakana dalam kelas seterusnya nanti ye.

Sekian dulu.

Wassalam.

Quote of the day:
"Think twice before you speak, and then you may be able to say something more insulting than if you spoke right out at once."
- Evan Esar (1899 - 1995), Esar's Comic Dictionary
posted by Abdul Hidier @ 3:39 PM   3 comments
Menulis hiragana
Thursday, December 07, 2006
Assalamualaikum.

Semalam post tentang hiragana. Faham tak cara nak gunakan nya? Kita sambung berkenaan tulisan nihongo tu.

Tulisan jepun ni senang nak tulis. Just tulis satu-satu huruf macam tulisan rumi. Dia tak seperti tulisan jawi yang tulisannya bersambung-sambung di antara huruf-huruf lain.

Untuk hari ini, kita belajar contoh perkataan - Ogenki desu ka.
Tuliskan bermula dari huruf O,. Kemudian ditambah huruf berikutnye sehingga huruf ka,. Dan seterusnya sampai habis.

Penulisan nihongo tidak mempunyai space di antara setiap perkataan.Kita tidak perlu menjarakkan satu perkataan dengan perkataan yang lain.Dengan ini, ayat ogenki desu ka kan jadi seperti di bawah:



Selamat mencuba untuk menulis perkataan dan ayat lain.

Ganbatte kudasai.


Wassalam.

ps: Tak boleh la nak tulis nihongo direct. Jadi mojibake - tulisan yang tak leh di baca. :((

Quote of the day:
"Books have the same enemies as people: fire, humidity, animals, weather, and their own content."
- Paul Valery (1871 - 1945)
posted by Abdul Hidier @ 10:31 AM   2 comments
Tulisan Nihongo
Wednesday, December 06, 2006

Assalamualaikum.

Tahu tak tulisan jepun ada 3 jenis? Hiragana, Katagana and Kanji. Hari ini kita belajar Hiragana dulu. Cam ne nak ajar ye ikut intenet ni? Cuba tengok gambar yang saya letak tu. Tulisan tu di panggil Hiragana. Untuk sebutan, senang jek. Semua akan berakhir dengan huruf vokal. Dia ada a i u e o, ka ki ku ke ko, sa shi su se so dan seterus nye sampai n.

Please refer to the picture for more details.

Maksud Hiragana seperti yang saya ceduk dari internet :

"
------------------------------------------

What is hiragana ?
-----------------------------------------
The word HIRAGANA means cursive rounded easy to use and indicates both the shape and relative simplicity of the script. The hiragana symbols were developed by simplifying the man'yogona kanji which represents the sounds of the Japanese language.

----------------------------------------
An Example: Hiragana
----------------------------------------
For example, when writting verbs, the kanji expresses the main idea or meaning and hiragana are used to indicate the tense or function of the verbs.

Five Hiragana Symbols: A I U E O

hiragana a i u e o

You can pronounce them: A I U E O from left to right.
They are first five hiragana words.

-------------------------------------
When do Japanese people use Hiragana?
-------------------------------------
Hiragana was necessary in order to adapt the Chinese writing system to the Japanese language.
As I said in the last newsletter, today, hiragana symbols are used to write the grammatical parts of words and setences and Japanese words which don't have a kanji. We also use hiragana for naming children as well, but it is usually kanji symbols are main characters. For example, my name (Takanori Tomita) is written in Japanese kanji with only kanji. Some people use only hiragana, especially with old Japanese people.

"

Terima kasih.

Wassalam.

Quote of the day:
"It is better to have loved and lost than never to have lost at all."
- Samuel Butler
posted by Abdul Hidier @ 1:50 PM   3 comments
Peribahasa
Tuesday, December 05, 2006
Assalamualaikum.

Tadi waktu saya surf internet, saya ada terjumpa satu peribahasa. "Sepandai-pandai tupai melompai, akhirnya jatuh ke tanah jua".Peribahasa ini, juga terdapat dalam bahasa Jepun. Ini adalah salah satu peribahasa yang saya minati.

Peribahasa - Kotowaza

Saru mo ki kara ochiru
- maksud nye sama seperti "Sepandai-pandai tupai melompai, akhirnya jatuh ke tanah jua".

Tapi dalam peribahasa jepun tersebut, binatang yang digunakan adalah monyet.
Saru = Monyet

Sebab apa ye diorang gunakan monyet? Ada sesiapa yang tahu?

Sekian dulu untuk hari ini.

Wassalam.

Quote of the day:
"The public will believe anything, so long as it is not founded on truth."
- Edith Sitwell (1887 - 1964)
posted by Abdul Hidier @ 10:43 AM   3 comments
E-book
Monday, December 04, 2006
Assalamualaikum.

Ore wa Kinyoubi, jimoto ni kaerimashita. 2 syuukan buri ni tsuma to kodomo tachi ni aimashita.. Ureshikatta...

Kesa, bas de Terengganu kara kaerimashita. Bas de yokatta ne. Jibun de untenshitara, tabun shigoto ni konai to omou. Tsukareta...

Saya ada simpan satu ebook pemberian kawan saya untuk belajar bahasa jepun. Tapi saya tak pasti boleh dihebahkan atau tidak. Kalau ada pembaca di sini yang berminat nak dapatkan ebook tu, boleh email private kepada saya. Saya kasi free jek pasal saya pon dapat free.
abdulhidier@gmail.com
hidet@yahoo.com

Sekian sahaja untuk hari ini.

Wassalam.
posted by Abdul Hidier @ 12:16 PM   0 comments
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com