| 
            
              | CBOX |  
              |  |  
              | GoogleAd |  
              |  |  
              | Flag Game |  
              |  |  
              | Amazon |  
              |  |  
              | Statistik |          
              |   |  
         | 
              
                | 
                   
 
                    
                      | Cuba, gagal, berhenti? |  
                      | Monday, February 18, 2008 |  
                      |  Semalam saya pergi menjala dengan seorang kawan. Ini kali pertama  saya menjala sebenarnya. Nampak mudah tapi untuk the beginner macam saya ni  susah lah jugak. Berapa kali tebar, jala tak jugak nak kembang. Hasilnya, saya  tak dapat seekor pon hasil jala semalam. Huhu..Nasib baik lah ada pasang pukat,  ada lah jugak hasil dari pukat tu. 
 Kiranya, percubaan pertama saya gagal  lah. Nak teruskan menjala lain kali ataupon terus berhenti? Mesti pelbagai  pendapat ada kan. Ada yang suruh berhenti, ada yang suruh cuba lagi, ada yang  tak kisah nak buat apa-apa pon.
 
 Begitu jugaklah dengan kehidupan kita  sehari-hari ni. Setiap percubaan mesti ada yang berjaya dan yang gagal. Tapi  yang penting kita harus cuba dulu. Dah cuba baru tahu berjaya atau gagal. Macam  kes menjala saya tu la. Bukan lah gagal, cuba tak berjaya pada percubaan  pertama. :)
 
 Ada orang yang tak berjaya pada percubaan pertama, terus  berhenti mencuba. Maksudnya, dia gagal lah kot. Ada yang cuba lagi sehingga  berjaya. Sikap macam ni yang kita nak. Ada yang berhenti, tapi merancang  strategi baru untuk berjaya. Sikap macam ni pon OK jugak.
 
 Dalam nihongo,  ada perkattan CYUUTO HANPA - buat kerja separuh jalan ataupon buat kerja tak  sungguh-sungguh lebih kurang maksud dia.
 
 Contoh ayat :
 "Kau ni..buat kerja  cyuuto hanpa betul".
 "Tak sedap betul la lauk ko ni. Cyuuto hanpa jek ko  masak ni".
 "Minta maaf lah hasil kerja ni cyuuto hanpa jek".
 
 So  terpulanglah kepada anda. Yang penting, anda harus cuba dulu. Baru tahu berjaya  atau gagal.
 Tapi jangan anggap gagal sebelum mencuba.
 
 
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 10:59 AM   |  
                      | 
                            
                              |  |  
                              | 1 Comments: |  
                              | 
                                  
                                  
                                      
                                      
                                        sy dh cuba sedaya upaya..tp sy ttp gagal..gagal mmg dh tertulis pd mulanya lg..tp manusia nie degil kan?? |  
                              |  |  
                              | << Home |  
                              |  |  |  |  | 
            
              | Waktu Solat |  
              |  |  
              | About Me |  
              |  Name: Abdul Hidier Home: Kulai, Johor, Malaysia
 About Me:
 See my complete profile
 |  
              | Previous Post |  
              |  |  
              | Archives |  
              |  |  
              | Subscribe |  
              |  |  
              | Powered by |  
              |    
 
  |  
              |   
                       
 
  |  
              | Download |  
              |  |  
              | Neo |  
              |   
             |  | 
    
sy dh cuba sedaya upaya..tp sy ttp gagal..gagal mmg dh tertulis pd mulanya lg..tp manusia nie degil kan??