| 
            
              | CBOX |  
              |  |  
              | GoogleAd |  
              |  |  
              | Flag Game |  
              |  |  
              | Amazon |  
              |  |  
              | Statistik |          
              |   |  
         | 
              
                | 
                   
 
                    
                      | Lawak hari ini |  
                      | Wednesday, December 20, 2006 |  
                      | Assalamualaikum.. 
 Penyakit malas saya datang lagi...so xde la pelajaran nihongo hari ni..huhu
 
 Wassalam.
 -------------------------------------------------------------------------------
 Wasiat Isteri
 
 
 Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana
 kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus
 menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang,
 malah terus satu baldi. Para hadirin merasakan tindak tanduk itu
 membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang
 bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai
 daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa
 bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang
 yang sedemikain solid.
 
 Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda
 tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram
 air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi seta
 ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil
 meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah
 tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang
 sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.
 
 Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang
 membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang
 takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang
 teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab "Arwah isteri ku telah
 berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas
 kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian  rupa untuk
 memastikan rumput agar cepat tumbuh!"
 
 Takde Otak
 
 Pada suatu hari, seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah
 mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah
 tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak,
 pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan
 doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti
 tidak dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa
 ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan
 isya'Allah pun pak cik tak sebut?". Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh
 mengenai otaknya kerana dia memang tak ada otak, kalau dia ada otak, tentu
 dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto
 belajor!".
 
 Bapak Borek Anak Rintik
 
 Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang
 sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari, ketika
 pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat orang
 kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang
 penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang
 berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan.
 Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. "Nampaknya
 anak aku dah lawan taukeh ni." bisik hatinya.
 
 Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak
 sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba
 penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk
 tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, Namu, kebimbangan ini hilang
 bila bapanya timbul semula. "Bapa pergi mana?" tanya anaknya segera.
 "Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai,
 rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit
 dalam sungai tu." mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak
 pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah.
 Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan
 menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila
 dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. "Itulah
 bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak
 tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya."
 
 Kursus Kahwin
 
 Seorang pemuda yang hendak mendirikan rumahtangga telah berjumpa dengan tok
 kadi untuk diuji perkara-perkara asas mengenai agama. Tok kadi mula
 bertanya secara rambang.
 
 Tok Kadi : Boleh awak membaca doa Qunut?
 Pemuda : Boleh.
 Tok Kadi : Boleh bacakan sekarang, ustaz nak dengar.
 Pemuda : Tersangat boleh, ustaz nak dengar yang panjang atau yang pendek?
 Tok Kadi : Ada dua jenis ke? Tapi tak mengapa, sila bacakan kedua-duanya
 sekali.
 Pemuda : Kalau yang pendek, bacanya....Qunut! dan kalau yang panjang,
 bacanya....Qunuuuuuuuuuuuuuuuut!
 
 Si Lurus
 
 Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang
 motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat "P" hendaklah digantung pada
 motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang dia
 telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.
 
 Polis : "P" mana pak cik?
 Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
 Polis : Pak cik nak berguran plak yea, "P" mana?
 Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Dia dah mula naik angin)
 Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana
 "P"?
 Pak Cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa
 hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang hang
 pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
 Polis : Nak pi...pi lah.....
 Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa,
 saja cari pasai!!!!!
 
 Si Gila
 
 Suatu hari, seorang pesakit gila di Tanjung Rambutan diziarahi kaum
 keluarganya. Apabila keluarganya hendak balik, pesaki gila telah berkata
 kepada kawannya yang sama-sama gila.
 
 Orang Gila 1 : Tengok tu, orang-orang gila tu dah nak balik.
 Orang Gila 2 : Kenapa engkau kata mereka Gila?
 Orang Gila 1 : Mereka tidak percaya yang aku nie Hang Tuah.
 Orang Gila 2 : Tapi kau memang pun bukan Hang Tuah.
 Orang Gila 1 : Apsal kau cakap aku bukan Hang Tuah?
 Orang Gila 2 : Aku pernah bertarung dengan Hang Tuah di Istana Melaka, dia
 tidak sedikit pun seperti kau.
 Orang Gila 1 : Kau siapa sebenarnya?
 Orang Gila 2 : Hang Jebat.........
 
 The Boss is Always Right
 
 Seorang Bos ynag tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahanya telah
 menggantungkan peratuan untuk dijadikan panduan.
 
 Rule No. 1 : The Boss is Always Right
 Rule No. 2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No. 1.
 
 Ponteng
 
 Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya an menelefon
 pihak sekolah.
 
 Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin
 Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
 Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap?
 Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.
 
 Mind Your Language
 
 Seorang guru sering menggunakan bahasa kasar ketika mengajar, berkata;
 
 Cikgu : Siapa yang rasa dirinya bodoh dalam kelas ni sila berdiri!
 
 Tiada siapa yang berdiri. Dan cikgunya bertanya soalan yang sama lagi,
 masih tiada yang berdiri. Namun, setelah beberapa ketika, seorang pelajar
 berdiri.
 
 Cikgu : Bagus! Tahu pun diri awak bodoh, Sekarang beritahu saya kenapa awak
 rasa diri awak bodoh?
 Pelajar : Sebenarnya saya tak rasa diri saya bodoh cikgu, tapi saya kesian
 tengok cikgu berdiri sorang jer
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 3:28 PM   |  
                      | 
                            
                              |  |  
                              | 4 Comments: |  
                              | 
                                  
                                  
                                      
                                      
                                        Selamat hari raya eidul adha dan slamat tahun baru 2007. Thanks to be my online friend.semoga kita sama-sama dapat penghatan disebalik sambutan korban ini. :)
                                      
                                      
                                        ^penghayatan.. ;) (spelling error)
                                      
                                      
                                        lama tak update nampaknya en. hidet kita ni...
 p.s: http://enaku.com dah ada rumah baru dan rumah tersebut adalah rumah sendiri. jemput-jemputlah memberi komen :)
                                      
                                      
                                        Hidet-san.. Lame x updet.. Busy ye.. Slamat tahun baru.. :-) |  
                              |  |  
                              | << Home |  
                              |  |  |  |  | 
            
              | Waktu Solat |  
              |  |  
              | About Me |  
              |  Name: Abdul Hidier Home: Kulai, Johor, Malaysia
 About Me:
 See my complete profile
 |  
              | Previous Post |  
              |  |  
              | Archives |  
              |  |  
              | Subscribe |  
              |  |  
              | Powered by |  
              |    
 
  |  
              |   
                       
 
  |  
              | Download |  
              |  |  
              | Neo |  
              |   
             |  | 
    
Selamat hari raya eidul adha dan slamat tahun baru 2007. Thanks to be my online friend.semoga kita sama-sama dapat penghatan disebalik sambutan korban ini. :)