Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
Sakit mata
Thursday, November 30, 2006
Assalamualaikum.

Pedih nye mata. Dari pagi mengadap komputer.Malas la nak tulis panjang. Tak larat nak tengok monitor. Pedih pedih pedih...

Words hari ni:

Me ga itai desu - Sakit mata

me = mata
itai = sakit

Nanti boleh la gunakan ayat ni untuk kasitau orang yang mata kita sakit.

Wassalam.

Quote of the day:
"The longer I live the more I see that I am never wrong about anything, and that all the pains I have so humbly taken to verify my notions have only wasted my time."
- George Bernard Shaw (1856 - 1950)
posted by Abdul Hidier @ 2:50 PM   4 comments
Musim Hujan Lagi
Wednesday, November 29, 2006
Assalamualaikum.

Musim hujan dah kembali sekarang ni. Kalau kat tempat saya ni, hampir setiap hari hujan. Lebat sangat pulak tu. Time-time hujan gini lah selalu teringatkan bantal. Alangkah sedapnya tidur masa hujan yang dingin. pergh..

Teringat waktu belajar nihongo dulu, ada subject cyoukai (pendengaran). Ayat yang selalu di sebut (Terngia-ngia lagi suara perempuan tu kat telinga.) :

Tenki ga ii kara, sampo shimasyou. - Cuaca baik ni, jom pergi jalan-jalan.

Memandangkan cerita pasal hujan, ini ayat yang sesuai digunakan waktu hujan.

Ame = Hujan
1. Ame ga furimasu - Hujan turun
2. Ima wa ame desu ka? - Sekarang hujan ke?
3. Ame ga furi sou desu - Macam nak hujan
4. Kasa wo motte kudasai - Sila bawa payung

Semoga kita boleh gunakan nihongo ni untuk berkomunikasi masa hujan.

Ani, hujan dah turun...angkat kain di jemuran...
hehe..

Wassalam.

Quote of the day:
A banker is a fellow who lends you his umbrella when the sun is shining, but wants it back the minute it begins to rain."
- Mark Twain (1835 - 1910)
posted by Abdul Hidier @ 9:31 AM   2 comments
Terjemahan lagu KIRORO-MIRAE
Tuesday, November 28, 2006
Assalamualaikum.

Semalam saya dapat email dari seorang kawan. Dia kasi terjemahan lagu kiroro-mirai.
Saya post kan kat sini lah. Selamat menyanyi.

Wassalam.
--------------------------------------------------------------------------------------


MIRAI

Hora ashimoto wo mite goran

Look! Look at your feet

Kore ga anata no ayumu michi

This is the road you walk

Hora mae wo mite goran

Look! Look ahead of you

Are ga anata no mirai

That is your future


Haha ga kureta takusan no yasashisa

My mother gave me so much kindness

Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita

"Embrace love and walk," she said over and over

Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai

At that time I was still immature

Sonna watashi no te wo nigiri

Even I'm in that condition. She held my hand

Issho ni ayundekita

And walked with me


Yume wa itsumo sora takaku aru kara

Our dreams are always high in the sky

Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no

It's scary that they might not come true. But we still continue to chase them

Jibun no sutoori dakara koso akirametakunai

Because it's our story, we don't want to give up

Fuan ni naru to te wo nigiri

When I was unsure, she held my hand

Issho ni ayundekita

And walked with me

** sono yasashisa wo toki ni wa iyagari

There were time when I hated that kindness

Hanareta haha e sunao ni narezu

When separated from my mother I couldn't be obedient

* repeat

** repeat

* repeat

--------------------------------------------------------------------------------------

Quote of the day:
"I never think of the future - it comes soon enough."
-Albert Einstein
posted by Abdul Hidier @ 8:20 AM   17 comments
Cuti lagi
Monday, November 27, 2006
Assalamualaikum.

Minna sama, ohayou gozaimasu. Ogenki desu ka? Getsuyoubi wa mata kita ne. Mai nichi, maisyuu, mattoshi, jikan no nagare ga hayai. Kizuite nai uchi ni, mou toshi ga totta.

Kyou wa yasumi wo timasyou ka. Cyotto, karui jyoudan no artikel wo yomou...kiraku de ne.Sa, kyou mo ichinichi shigotou de, gakkou de ganbarimasyou ne.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Petua yg memang mujarab!

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stapler TempatĀ² Yg Kendur Tu..

3.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

4.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

5.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

6.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

7.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

8.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

9.Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...

10.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

11.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket

13.Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

14.Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

15.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

16.Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..

Quote of the day:
"Half our life is spent trying to find something to do with the time we have rushed through life trying to save."
- Will Rogers

posted by Abdul Hidier @ 9:23 AM   1 comments
Lawan cerdik
Friday, November 24, 2006
Assalamualaikum.

Ada kawan saya yang bertanya,
"Det, apsal ko tak ajar perkataan pelik-pelik dalam blog ko.. ? ajar lah bodoh ke, apa ke..".
Hehe...tersenyum saya. Memang lumrah alam, perkataan kurang enak ni senang kita ingat. Dengar sekali pon dah boleh ingat sampai bila-bila.

Baik lah. Bagi memenuhi permintaan kawan saya tu, hari ini kita belajar perkataan bodoh dalam bahasa Jepun. Mungkin perkataan hari ini agak kasar. Gomen nasai.

Baka = Stupid
Aho = Stupid

Ada 2 perkataan yang seringkali di gunakan dalam Nihongo ni. Baka dan aho. Dua-dua nya membawa maksud bodoh. Beberapa contoh kegunaannya:-

Baka ka omae - Engkau bodoh ke?
Aho ka omae - Engkau bodoh ke?
Anata wa baka da ne - Bodohnya awak ni.

Dan lain lain lagi lah.

ps : Jangan cakap kat orang yang anda tak kenal ye. Nanti tak pasal-pasal bergaduh. :)

Wassalam.

Quote of the day:
"Everyone is entitled to be stupid, but some abuse the privilege."
- Unknown
posted by Abdul Hidier @ 3:28 PM   9 comments
Isteri itu bukan hadiah.. tp anugerah.. :-)
Thursday, November 23, 2006
Assalamualaikum.

Hari ini kita berehat sebentar dari kelas bahasa Jepun. Saya terima satu artikel panjang. Tapi saya rasa menarik untuk di kongsi bersama. Apa kata kita baca kisah tersebut..

Yomu - Baca
Hon wo yomimasu - Baca buku

---------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.

Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************************************************************************

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

****************************************************
MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..

posted by Abdul Hidier @ 3:17 PM   0 comments
Musim kahwin
Wednesday, November 22, 2006
Assalamualaikum.

Cuti sekolah ni, musim orang kahwin lah ye. Saya dah dapat beberapa jemputan ke majlis perkahwinan sempena cuti sekolah ni. Ada yang boleh pergi, ada yang tak dapat nak pergi.

Apa agaknya ya nak ucapkan kepada pengantin baru ni?

Omedetou gozaimasu - tahniah
Kekkon - kahwin

Nanti kalau nak ucapkan tahniah kat kawan anda yang boleh berbahasa Jepun, boleh lah ucapkan :

Gokekkon Omedetou Gozaimasu - Tahniah di atas perkahwinan anda.

Jangan pulak cakap Omedetou ainnn....(sambil tiru gaya Shimura Ken), nanti tergelak pulak pengantin baru tu.

Kepada kawan-kawan yang akan berkahwin ataupon baru berkahwin, Omedetou gozaimasu saya ucapkan. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ikatan perkahwinan tersebut kekal abadi sehingga ke akhir hayat.

Wassalam.

ps : Saya ada terima email satu Vklip lawak pasal orang jepun. Silalah download di sini Counting in English- Japanese game.

Quote of the day:
"Marriage. It's like a cultural hand-rail. It links folks to the past and guides them to the future."
- Diane Frolov and Andrew Schneider
posted by Abdul Hidier @ 1:55 PM   3 comments
Cuti sekolah
Tuesday, November 21, 2006
Assalamualaikum.

Jumpa lagi. Semalam saya tak update blog ini. Ada kawan-kawan pembaca yang bertanya saya kenapa tak update. Terdapat masalah teknikal pada hompej blogspot ni saya rasa. Saya tak dapat masuk untuk log in. Ada message kat hompej tu cakap diorang tengah buat something dengan hompej tersebut.

Yeah, berbalik kepada cerita hari ini. Sekarang telah masuk musim cuti sekolah. Ada pelajar dan guru yang bersorak keriangan menyambut kedatangan cuti ini. Ada juga yang sedih dan takut. Sedih sebab terpaksa meninggalkan kawan sepermainan buat seketika. Takut sebab biasanya cuti panjang begini lah ramai di antara mereka yang akan dikhatankan. Teringat pulak saya zaman budak-budak dulu. Seronoknya. Buat para pelajar, nikmatilah masa anda sebagai pelajar sepuas-puasnya. Setelah anda masuki alam pekerjaan, semua itu akan hanya tinggal kenangan.

Gakko yasumi - cuti sekolah.

Agaknya ke mana ye tempat percutian kita semasa cuti sekolah ni? Saya tak ke mana-mana.
Setiap minggu saya hanya berulang-alik dari Johor ke Terengganu. Sekarang isteri dan anak-anak saya berada di sana.

Sekian dulu untuk kali ini.

ps: Gambar yg saya letak tu takde kaitan pon dengan post hari ni. Saje letak gambar baby baru saya - Ainul Safiyyah.

Wassalam.

Quote of the day:
"By the time a man realizes that maybe his father was right, he usually has a son who thinks he's wrong."
-Charles Wadsworth
posted by Abdul Hidier @ 9:51 AM   0 comments
Ibu ayah
Wednesday, November 15, 2006
Assalamualaikum.

Kita sambung sedikit cerita semalam. Hari ini saya akan terangkan perkataan untuk ibu dan ayah sahaja. Belajar sikit-sikit ni senang nak faham. Lagi satu mudah sikit nak ingat. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ada gak pepatah baru, sikit-sikit lama-lama abih langsung. Alah..macam duit dalam tabung kita lepas raya hari tu lah. Semalam ambil seringgit, hari ni ambil lagi seringgit, esok ambil lagi seringgit, lama-lama tinggal bahuk jek lah dalam tabung tu. :)

Ada tak kawan-kawan kita kat sini yang tak dapat nak menyimpan? Ini ada satu tip untuk menyimpan. Setiap bulan, asingkan awal-awal 10% dari gaji kita untuk simpanan. Masukkan ke dalam ASB ataupun Tabung Haji. Lupakan terus wang simpanan tersebut. Jangan sekali-kali keluarkan. InsyaAllah kita akan dapat menyimpan.

Berbalik kepada perkataan hari ini,
Ayah = Otou san (Cici) , English = Dad (Father)
Emak = Okaa san (Haha) , = Mum (Mother)

(Note: Minta maaf. Posting semalam terbalik cici dan haha tu.)

Sebenarnya Otou san dan Okaa san ni panggilan si anak kepada si bapa dan si emak. Ada juga yang panggil tou cyan ataupon Otou sama. Tapi itu level lain sikit. Kita fokuskan kepada Otou san dan Okaa san saja.

Contoh:

Anak : Otou san, hari ini makan luar nak?
Ayah : Boleh juga. Atan nak makan apa?
Anak : KFC.
Emak : KCF lagi. Pizza la pulak.
Anak : Baiklah Okaa san. Jom pizza.

Nanti bila jumpa mak ayah ataupon telefon diorang, boleh lah gunakan perkataan ni. Maunya terkejut diorang :)

Sekian dulu untuk hari ini.

Wassalam.

Quote of the day:
"Save a little money each month and at the end of the year you'll be surprised at how little you have."
- Ernest Haskins
posted by Abdul Hidier @ 10:40 AM   0 comments
Keluarga - siri 1
Tuesday, November 14, 2006
Assalamualaikum.

Saya masih dalam happy mood menimang cahaya mata ke-2. Terus terang saya cakap, semangat nak menulis kat blog ni agak kurang sebenarnya. Datuk R, Hakuchou san, dan kawan-kawan lain yang berkemahiran dalam Nihongo tak teringin nak menulis kat sini? Saya tahu ramai pembaca di sini yang Nihongo level mereka lagi tinggi dari saya. Mari kita berkongsi ilmu yang kita ada dengan kawan-kawan di sini. InsyaAllah berguna.

Sekarang ni isteri dan anak-anak saya berada di Terengganu, balik ke rumah mertua saya. Tinggallah saya sorang sorang kat sini. Seminggu sekali baru saya balik berjumpa diorang. Hukhukhuk...

Sedar tak sedar, saya sudah bergelar bapa kepada 2 orang anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Cepatnya masa berlalu. Anak lelaki saya yang sulung tu dah bergelar abang. Manakala anak perempuan saya bergelar adik. Begitulah cepatnya perjalanan masa zaman sekarang. Secepat perhubungan sesama kita di dunia internet / cyber .

Baiklah, bagaimana untuk memanggil ayah, ibu, abang, kakak, adik dalam Nihongo? Mari kita belajar untuk panggilan tersebut hari ini.

Keluarga = Kazoku
Ayah = Otou san (Cici)

Emak = Okaa san (Haha)

Abang = Onii cyan (Ani)

Kakak = Onee cyan (Ane)

Adik lelaki = Otouto
Adik perempuan = Imouto


Esok saya akan terangkan serba sedikit cara untuk menggunakan perkataan-perkataan di atas.

Sekian dulu untuk hari ini.

Wassalam.

Quote of the day:
"Life being what it is, one dreams of revenge."
- Paul Gauguin (1848 - 1903)
posted by Abdul Hidier @ 9:19 AM   4 comments
NEWS - 2nd baby
Thursday, November 09, 2006
Assalamualaikum.

Saya nak kongsi berita gembira dengan kengkawan kat sini. Wife saya dah selamat lahirkan baby ke-2 kitorang.

Nama : Ainul Safiyyah binti Abdul Hidier
Tmpt lahir : Hospital Kulai

Masa/ tarikh : 5.55 pagi - 7/11/2006

Berat masa lahir 2.96 kg.


Alhamdulillah. Kedua-dua nya (ibu dan anak) sihat belaka. Nanti saya letakkan gambar nya di sini.

Terima kasih.

Akacyan ga umaremashita = Baby dah lahir

Akacyan = baby
Umaremashita = Lahir

Wassalam.
posted by Abdul Hidier @ 9:51 AM   2 comments
Rilex...
Friday, November 03, 2006
Assalamualaikum.

Memandangkan hari ini hari Jumaat, kita berehat untuk memberi laluan kepada penghayatan diri.

Petikan ini saya terima dari email seorang kawan. Sila betulkan andai ada tersalah fakta.

******************************************************************************

"Huraisy"

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
Huraisy pun menjawab, " Tugas Aku ialah mencari lima jenis manusia.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Wallahua'lam.

Quote of the day:
"Even if you do learn to speak correct English, whom are you going to speak it to?"
-Clarence Darrow (1857 - 1938)
posted by Abdul Hidier @ 5:53 PM   4 comments
Lagu lagi
Thursday, November 02, 2006
Assalamualaikum.

Semalam lepas saya kasi lirik lagu kiroro, ada juga kawan-kawan yang minta mp3 lagu tu. Minta maaf. Saya takde mp3 lagu tu. Sebenarnya saya bukannya peminat muzik. Lagu-lagu ni saya dengar dalam kereta jek. Itu pon pasang radio. Kalau tak, jangan harap la nak dengar. Dalam komputer saya ni takde langsung lagu apa-apa. Movie pendek tu ada la. Itu pon kawan yang kasi. Nanti saya try cari. Kalau dapat, saya kasi ye.

Dulu waktu kat Jepun, kawan-kawan ramai kaki karaoke. Tapi memandangkan saya tak pandai menyanyi, saya jarang menyanyi. Kadang-kadang jek ikut diorang gi berkaraoke. Tu pon jadi tukang tengok. Cam ne nak pandai menyanyi ye? Zaman sekarang ni bagus jugak kalau pandai menyanyi. Boleh jadi macam Datuk Siti Nurhaliza ke, jadi macam Mawi World ka...(saya tengok kat usik-usik chef wan hari tu, chef Wan cakap income mawi untuk 6 bulan hari tu saje dah 2 juta. Banyak nya....)

Apa agaknya perkataan lagu dalam bahasa jepun ye?

Uta = Lagu
Uta wo utaimasyou = Mari menyanyi

Karaoke he ikimasyou = Jom berkaraoke


Lah...baru saya perasan. Nama Utada Hikaru sama la pulak ngan Uta. Mungkin kah sebab tu suara dia sedap? :)
(Tapi tulisan jepun untuk Utada ngan Uta lain maksud nya).

Nanti boleh la ajak kawan-kawan pergi menyanyi ke karaoke ke dalam nihongo.

Wassalam.

Quote of the day:
"The only thing I like about rich people is their money."
- Nancy Astor (1879 - 1964)
posted by Abdul Hidier @ 12:10 PM   0 comments
Lagu sikit - mirai
Wednesday, November 01, 2006
Assalamualaikum.

Masih dalam mood raya? Hari ini kita rilex-rilex layan lagu jepun. Saya pon tak tahu sebab apa lagu ni glamor sgt walaupon lagu lama. Sampaikan baru-baru ni pon saya masih dengar orang menyanyi lagu ni. So, mari beramai-ramai menyanyi....
(saya tak pandai menyanyi, suara sumbang)

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi

Hora mae wo mitegoran

Are ga anata no mirai


Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai

Sonna w
atashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita


Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no

Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai

Fuan ni naru to te wo nigiri

Issho ni ayundekita


Sono yasashi wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi

Hora mae wo mitegoran

Are ga anata no mirai


Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou


Wassalam.

Quote of the day:
"Success usually comes to those who are too busy to be looking for it."
-
Henry David Thoreau
posted by Abdul Hidier @ 4:09 PM   6 comments
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com