CBOX |
|
GoogleAd |
|
Flag Game |
|
Amazon |
|
Statistik |
|
|
Cuti sekolah |
Tuesday, November 21, 2006 |
Assalamualaikum.
Jumpa lagi. Semalam saya tak update blog ini. Ada kawan-kawan pembaca yang bertanya saya kenapa tak update. Terdapat masalah teknikal pada hompej blogspot ni saya rasa. Saya tak dapat masuk untuk log in. Ada message kat hompej tu cakap diorang tengah buat something dengan hompej tersebut.
Yeah, berbalik kepada cerita hari ini. Sekarang telah masuk musim cuti sekolah. Ada pelajar dan guru yang bersorak keriangan menyambut kedatangan cuti ini. Ada juga yang sedih dan takut. Sedih sebab terpaksa meninggalkan kawan sepermainan buat seketika. Takut sebab biasanya cuti panjang begini lah ramai di antara mereka yang akan dikhatankan. Teringat pulak saya zaman budak-budak dulu. Seronoknya. Buat para pelajar, nikmatilah masa anda sebagai pelajar sepuas-puasnya. Setelah anda masuki alam pekerjaan, semua itu akan hanya tinggal kenangan.
Gakko yasumi - cuti sekolah.
Agaknya ke mana ye tempat percutian kita semasa cuti sekolah ni? Saya tak ke mana-mana. Setiap minggu saya hanya berulang-alik dari Johor ke Terengganu. Sekarang isteri dan anak-anak saya berada di sana.
Sekian dulu untuk kali ini.
ps: Gambar yg saya letak tu takde kaitan pon dengan post hari ni. Saje letak gambar baby baru saya - Ainul Safiyyah.
Wassalam.
Quote of the day: "By the time a man realizes that maybe his father was right, he usually has a son who thinks he's wrong." -Charles Wadsworth |
posted by Abdul Hidier @ 9:51 AM |
|
|
|
Waktu Solat |
|
About Me |
Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Subscribe |
|
Powered by |
|
|
Download |
|
Neo |
|
|