CBOX |
|
GoogleAd |
|
Flag Game |
|
Amazon |
|
Statistik |
|
|
Lambat |
Monday, October 16, 2006 |
Assalamualaikum.
Orang jepun terkenal dengan sifatnya yang amat menepati masa. Saya pernah hadiri program yang dianjurkan oleh orang jepun. Sewaktu mula-mula sertai program tersebut, saya agak terkejut dengan pembahagian masa aturcara majlis. Sebagai rakyat Malaysia, saya sudah biasa dengan sistem 5 minit, 10 minit - iaitu kita menggunakan masa yang tepat dalam unit 5 dan puluh. Tetapi orang jepun agak berlainan. Masa yang tertera adalah seperti berikut (sekadar contoh) :
Pembukaan : 12: 00 Ucapan pengerusi : 12 : 01 Persembahan : 12:04 Nyanyian : 12: 22
Jika diperhatikan, masa adalah dikira pada setiap minit. Dan yang lebih menakjubkan, program mereka biasanya berjalan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Begitu juga andai kita membuat temujanji dengan orang jepun. Andai kata berjanji pukul 8, sebelum pukul 8 mereka sudah sampai. Bagi orang jepun, datang lewat adalah satu perkara yang amat teruk. Bagaimana pula dengan orang kita? Janji pukul 8, pukul 8.30 pon belum tentu sampai. Inilah kelemahan orang kita. Datang lewat adalah dianggap perkara biasa. Tiada rasa kekesalan langsung. Orang yang datang awal pula seolah-oleh bersalah. Terutama sekali apabila berjanji dengan kawan-kawan ataupon sanak-saudara. Aduh. Tension juga apabila terpaksa menunggu kadang kala lebih dari 30 minit.
Osoi - lambat Chikoku - lambat
Bagaimanakah hendak menggunakan perkataan di atas? Mari kita tengok contoh.
Kes 1 : Ali berjanji dengan Nakata untuk bertemu di sebuah tempat pada pukul 10. Tetapi jam sudah menunjukkan pukul 10.15 baru Ali sampai.
Nakata : Ali san, osoi desu yo. Ali : Sumimasen. Nakata : Dame desu yo Ali san. Jikan wo mamotte kudasai. (Salah ni Ali. Sila tepati masa).
Kes 2 : Abu lambat lagi ke pejabat. Dia dipanggil mengadap bos nya.
Bos : Abu san, kyou mo chikoku shita. 3 kai renzoku. (3 kali berturut-turut). Abu : Sumimasen, bos san. Jyutai desu (triffic jam). Bos : No sumimasen. Omae wa kubi. You are fired.
Dua kes di atas adalah fenomena biasa yang boleh kita lihat dalammasyarakat kita. Bagaimanakah agaknya untuk mengubah tabiat buruk tersebut? Apakah peranan kita dalam menghadapi perkara ni? Tepuklah dada, tanyalah saya.
Wassalam.
Quote of the day: "Never promise more than you can perform." Publilius Syrus |
posted by Abdul Hidier @ 9:23 AM |
|
4 Comments: |
-
Orang jepon ni dia menepati masa kan.. tak mendahului masa. Pernah dgr member crita, dia pegi awal satu meeting..xdek orang pon, tapi bile nk dekat jek..sume sampai.. tepat pada waktunya..
-
hidier-kun, hakuchou nampak macam ada sedikit typo error : hidier-kun kena tukar "kibu" ke "kubi" :-)
-
Fuad san,
bab tak mendahului masa tu saya tak pasti..tapi bab menepati masa memang betul. diorang jarang lambat.
Hakuchou san, Syuusei shimashita. Arigatou gozaimasu.
-
Ada lagi typo tu.... traffic...bukan triffic.
DatukR
|
|
<< Home |
|
|
|
|
Waktu Solat |
|
About Me |
Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Subscribe |
|
Powered by |
|
|
Download |
|
Neo |
|
|
Orang jepon ni dia menepati masa kan.. tak mendahului masa. Pernah dgr member crita, dia pegi awal satu meeting..xdek orang pon, tapi bile nk dekat jek..sume sampai.. tepat pada waktunya..