CBOX |
|
GoogleAd |
|
Flag Game |
|
Amazon |
|
Statistik |
|
|
Encik dan San |
Thursday, October 12, 2006 |
Assalamualaikum.
Semalam saya dapat soalan dari En Fuad. Soalan yang saya rasa agak menarik. Jadi saya pilih untuk dijadi sebagai tajuk posting hari ini.
En. Fuad said: Tumpang lalu ye.. Nak tanya.. bila masa nak pakai kun, san, chan, dono, sama dan yang belakang2 dia tu ye..? Masih keliru..
Sebenarnya saya dah jawab kat bahagian komen. Tapi untuk huraikan dengan lebih jelas (saya harap), jadi saya cuba untuk jawabkan dalam artikel untuk hari ini.
San: Berkenaan dengan perkataan san, perkataan ini adalah universal, kita boleh gunakan untuk sesiapa sahaja. Untuk senang faham, san ini sama maksud nya dengan Encik/Puan/Cik. Senang kan nak faham penggunaan san.
Kun/Cyan : Kun sesuai digunakan untuk panggilan terhadap kawan lelaki. Bagi orang yang bercouple, saya biasa dengar girlfriend memanggil boyfriend nya as kun. Cyan pulak lebih kepada kawan perempuan. Tetapi ada juga orang Jepun panggil kawan mereka lelaki dengan panggil cyan. Panggilan cyan dilihat sebagai lebih mesra. Biasa nya kun dan cyan ini digunakan untuk panggilan terhadap kawan rapat sahaja. Kun dan cyan juga boleh digunakan untuk memanggil orang bawahan.
Cyan juga digunakan sebagai panggilan manja untuk budak-budak. Contoh panggilan yang amat popular adalah Sin cyan. (Pernah tengok kan katon ni? Setiap hari sabtu pukul 7 di ntv7.) Saya memanggil anak saya sebagai Epi cyan. ps: Sanji kun dalam Onepiece suka panggil Nami as Nami Cyuan. :)
Sama / Dono : Sama digunakan dalam surat-menyuarat. Juga untuk org berkedudukan/berpangkat besar. Jika dianggap sebagai darjat, perkataan sama tinggi sedikit darjat nya kalau dibandingkan dengan san.
Dono pula untuk kerabat diraja. Kalau nak panggil sultan ke, putera puteri ke, digunakan dono. ps : Kat Jepun dulu ada rancangan TV, Shimura Ken. Ada salah satu wataknya yang glamor - Baka Dono. Cerita pasal sorang raja yang agak lembab :)
Ini pula komen dari Hakuchou san: (saya copy paste komen dari En. Hakuchou dan sedikit edit)
Hakuchou san said…
maaf kalau salah... hakuchou rasa 'kun' digunakan untuk memanggil lelaki yang sebaya atau yang lebih muda dari usia sipemanggil ...tidak terhad kepada orang bawahan sahaja. Ada juga ketua-ketua yang memangggil pekerja wanitanya dengan panggilan 'kun' sebagai tanda ia tidak membezakan pekerja wanita itu dengan pekerja lelaki lain.
sekali lagi maaf kalau tidak tepat.
fuad-san : jika tidak pasti yang mana satu harus digunakan, gunakanlah 'san' kerana ia 'lebih selamat' dan boleh digunapakai secara umumnya.
* hakuchou menggunakan 'san' pada nama saudara fuad kerana hakuchou tidak tahu usia saudara fuad ;-)
tamat komen dari En. Hakuchou.
Susah juga ye nak huraikan. Kalau masih kurang faham, boleh lah bertanya. InsyaAllah saya cuba jawabkan.
Wassalam.
Quote of the day: "Truth is beautiful, without doubt; but so are lies." -Ralph Waldo Emerson
|
posted by Abdul Hidier @ 11:18 AM |
|
4 Comments: |
-
-
-
-
piccolo san..son goku kun..beerus sama
|
|
<< Home |
|
|
|
|
Waktu Solat |
|
About Me |
Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Subscribe |
|
Powered by |
|
|
Download |
|
Neo |
|
|
'Sempai' tu apa pula?