Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
Aku pergi
Friday, October 06, 2006
Assalamualaikum.

Kyou wa Kinyoubi desu. Jikan no nagare wa cyotto hayai ne. Jangan lupa pergi solat Jumaat buat pembaca lelaki. Ambil lah kesempatan di bulan yang mulia ini untuk menambahkan amal ibadat kita.

Post hari ini adalah sambungan post semalam. Semalam kita dah belajar Tadaima dan Okairi. Hari ini kita akan belajar pula ucapan ketika nak keluar dari rumah. Hari ini pon ada 2 perkataan juga:
Ittekimasu - it-te-ki-ma-su - Saya pergi
Itterashai - it-te-ra-sha-i - Selamat Pergi

Sekali lagi saya bercerita tentang karton Sincyan. Sebenarnya, Sincyan ni suka cakap terbalik. Waktu balik rumah dia akan cakap Ittekimasu. Selalu kena tegur dengan mak dia. Malam esok jangan lupa bukak NTV7 pukul 7 malam. Sambil berbuka puasa sambil melayan karenah Sinchan. Wah...macam iklan pulak.

Contoh :
Nakata san hendak pergi kerja. Ketika hendak keluar dari rumah,
dia akan ucapkan kepada isterinya:

Nakata : Ittekimasu.
Isteri Nakata : Itterashai.

Perkataan kita pada hari ini pon mudah kan?
Selamat menggunakan perkataan ittekimasu dan itterashai.

Wassalam.

Quote of the day:
"Dreaming permits each and every one of us to be quietly and safely insane every night of our lives."
-William Dement
posted by Abdul Hidier @ 11:41 AM  
4 Comments:
  • At 5:13 PM, Anonymous Anonymous said…

    hidet, ada masalah sket... tak reti nak sebut huruf e tu.. mungkin ko kene buat pembezaan e untuk emak, atau e ntuk becak... :) bezakan dengan: satu jenis e tak de underline, satu lagi ade underline..

    just my 2 kupang...

     
  • At 5:29 PM, Anonymous Anonymous said…

    Pagi tadi ada sales rep jepun kol..susah betul nk communicate.. Ada cadangan tak nk blajar bahasa jepon dgn cepat tak? sensei...

     
  • At 9:44 AM, Blogger Abdul Hidier said…

    thanks for the komen.

    to En Aku, dalam nihongo, sebutan untuk e nye ada satu sahaja, bunyi e untuk ekor.

    contoh : untuk sebutan ittekimasu tu, bunyi untuk te adalah sepeti bunyi TEKO.

    to fuad, minta maaf lah ye. tak dapat membantu blajo nihongo dengan cepat.saya punya blog ni just untuk simple nihongo. maybe fuad boleh ambil kelas nihongo untuk blajo dengan cepat.

     
  • At 3:22 PM, Anonymous Anonymous said…

    Huhu..ok. Mungkin pasnih kene carik kelas blajar plak.. Apapun.. Mekasih.. Blog ni byk membantu.. Teruskan usaha murni mu.. :-)

     
Post a Comment
<< Home
 
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com