| 
            
              | CBOX |  
              |  |  
              | GoogleAd |  
              |  |  
              | Flag Game |  
              |  |  
              | Amazon |  
              |  |  
              | Statistik |          
              |   |  
         | 
              
                | 
                   
 
                    
                      | MERDEKA |  
                      | Wednesday, August 30, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
 
 Itulah laungan yang akan kedengaran tepat jam 12 tgh malam nanti.
 Apa sebenarnya erti kemerdekaan tu ye?
 Masing-masing mungkin punya pengertian yang tersendiri.
 
 Nak buat apa malam merdeka ni? Ramai yang dah planning macam-macam.
 Saya pulak mungkin bawak family pergi sambut merdeka kat Danga Bay.
 Tak pernah pergi sambut pon sebelum ni. Teringin pulak nak tengok
 gelagat muda mudi sambut merdeka.
 
 Semoga negara kita sentiasa merdeka.
 
 Jangan lupa hari Jumaat ni.Kita belajar bahasa jepun.
 Yang mudah-mudah saja tau.
 
 Wassalam.
 
 Quote of the day:
 "I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody."
 -Bill Cosby
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 5:36 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Nak dekat sambutan merdeka dah |  
                      | Tuesday, August 29, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Hari ni dah 29/8. Tinggal 2 hari lagi untuk menyambut merdeka.
 Bila disebut merdeka, kita akan ingat zaman penjajahan orang putih dan
 orang jepun. Biar saya fokuskan kepada zaman jepun, bersesuaian dengan
 blog ini untuk belajar bahasa jepun.
 
 Saya selalu terjumpa pakcik-pakcik yang hidup di zaman jepun dulu
 yang mengaku mereka ada belajar bahasa jepun pada waktu itu kerana
 terdapat kelas bahasa jepun pada waktu itu.
 
 Semoga kita yang hidup di zaman merdeka ini juga dapat pelajari bahasa jepun,
 walau untuk apa tujuan sekali pon.
 
 InsyaAllah, saya akan mulakan pada September nanti.
 
 Wassalam.
 
 ps: jawapan untuk teka-teki semalam adalah 'KU'.
 
 Quote of the day:
 "Nothing happens unless first a dream"
 - Carl Sandburg
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 5:12 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Teka Teki |  
                      | Monday, August 28, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Orang kata hari Isnin ni Monday Blues.
 Hari yang orang malas nak buat kerja.
 Betul tak?
 
 Apa kata hari ni kita rilex jap. Kita main teka teki.
 Sapa pandai sila jawab teka teki ni ye.
 (Teka teki ni dipetik dari email seorang kawan saya).
 
 Teka teki nya:
 
 Apa perkataan bila sebut sekali..kata ganti pertama
 Bila sebut dua kali..dia anggota badan..
 Bila sebut 3 kali..anggota badan tu jadi milik kita..
 Bila sebut 4 kali anggota tu jadi banyak
 Bila sebut 5 kali anggota yg banyak tu jadi milik kita..
 
 Ha..fikir-fikirlah..
 Esok kalau saya ingat, saya kasi lah jawapan nya. hehe..
 
 Wassalam.
 
   |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 5:07 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Hari Jumaat |  
                      | Friday, August 25, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Dah hari Jumaat pon. Kejapnya masa berlalu. Kat sini tadi waktu solat Jumaat,
 hujan turun dengan lebatnya.  Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian.
 Banyak manafaat daripada turunnya hujan ni. Orang yang berfikir akan faham.
 
 Sempena hari Jumaat ni, saya nak kasi sedikit hadis Rasullah SAW untuk renungan bersama.
 Hadis ni saya dapat dari email forward seorang kawan. Sama-samalah kita ambil iktibar. Mudah2an kita semua  mendapat keberkatan dariNya. Amin...
 
 1. Al-Musayyab bin  Radi r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda;3. Ibnu Abbas r.a. katanya; "Mandilah kamu pada hari Jumaat,  dan basuhlah kepalamu"Siapa yang berbuat  kebaikan pada hari Jumaat akan dilipat gandakan baginya pahala  dari
 hari-hari lain dan siapa yang berbuat kejahatan  maka   demikian pula."
 -  Riwayat Ibnu Zahjadari
 
 2. Abayah b. Rifaah r.a.  mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia
 pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia  mendengar Nabi s.a.w. bersabda;
 "Siapa berdebu kedua kakinya  kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan  Allah
 baginya api neraka." -Sahih Bukhari
 meskipun kamu tidak janabat dan sentuhlah yang  harum-harum."
 - Riwayat Ahmad Ibnu Hibbin
 
 4. Nabi s.a.w. bersabda;  "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang JumaatWassalam.adalah sudah  baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik."
 - Riwayat  Abu Dawud
 
 5. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Siapa yang menziarahi  kubur kedua atau salah seorang
 ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat,nescaya  diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai
 orang yang berbakti  kepada kedua ibu bapanya." - Riwayat Al-Hakim
 
 6. Diriwayatkan daripada  Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w sedang berkhutbah
 pada  hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya  kepadanya: "Adakah
 engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai  Polan!". Orang itu menjawab:
 "Belum!" Rasulullah s.a.w bersabda: "Bangun  dan sembahyanglah!".
 
 7. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya  saat yang mustajab (berdoa) diantara
 duduk imam antara dua khutbah hingga  selesai sembahyang Jumaat."
 - Riwayat Muslim & Abu Dawud
 
 
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 5:41 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Pengalaman Mengajar |  
                      | Thursday, August 24, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Saya hanya ada sedikit pengalaman dalam mengajar ni.
 Sebab saya bukan nya bekerja sebagai seorang cikgu.
 
 Waktu sekolah dulu, adalah tolong ajar kawan-kawan matematik dan fizik.
 Itu jek mata pelajaran yang saya mampu ajar. Sambil mengajar, saya pon
 belajar jugak.Kiranya win-win situasi lah.
 
 Pernah juga saya mengajar adik saya. Tapi mengajar adik sendiri ni agak susah.
 Dengan kata lain, dia tak nak dengar cakap kita dan kuat melawan. Mungkin ini
 salah satu faktor mengajar kebanyakkan ibubapa menghantar anak-anak mereka
 belajar dengan orang lain. Bila belajar dengan orang lain ni, lain sikit keadaan nya.
 
 Sekarang ni pon saya ada mengajar tuisyen. Ada 2 orang sahaja anak murid.FOC jek.
 Semoga ada keberkatan kat situ.
 
 Seronok sebenarnya mengajar ni. Boleh kongsi ilmu sambil tambahkan ilmu kita sendiri.
 Jadi nanti sama-sama lah kita belajar Bahasa Jepun pulak nanti...
 
 Wassalam.
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 5:53 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Balik kampung |  
                      | Wednesday, August 23, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Lama saya bercuti. Balik kampung sebab adik kahwin.
 Waktu kenduri, duduk bersembang dengan pakcik-pakcik di kampung.
 Macam-macam cerita ada.Dari cerita politik sampailah kepada pendidikan anak-anak.
 Ramai yang berbangga anak-anak mereka berjaya, dapat masuk universiti sana,dapat pergi oversea.
 
 Apa pulak kaitan cerita di atas dengan Bahasa Jepun dalam blog ini?
 
 Sebenarnya, pakcik-pakcik di kampung sana tu, ada yang berkebolehanberbahasa Jepun. Terutama sekali mereka yang hidup waktu zaman Jepun jajah Tanah Melayu dulu.Selalu juga saya diajak berbual dengan mereka dalam Bahasa Jepun.Seronok...
 
 Jadi marilah bersiap-sedia untuk belajar.
 
 Wassalam.
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 5:40 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Komik |  
                      | Thursday, August 17, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Di Malaysia, kita boleh dapat banyak komik Jepun dialih bahasa ke Bahasa Melayu.
 Saya pon suka jugak membaca. Sampai pernah tuan kedai buku pelik sebab saya dan
 isteri beli buku Doraemon.
 Tuan kedai tanya, "Beli untuk anak ke?". Saya jawab,"Tak, untuk kami berdua lah".
 
 Bila sebut pasal komik ni, banyak komik & animasi Jepun yang saya minat.
 Antaranya adalah Dragon Ball, Onepiece (Budak Getah), Slamdunk, Doraemon
 dan Shincyan (Adik Pintar). [Sekadar menyebut beberapa komik].
 
 Lagu-lagu Jepun juga saya minat.
 (Dengar sahaja, menyanyi tak mampu - suara terlalu sedap)
 Tidak susah untuk menyanyi lagu Jepun ini kerana sebutan Jepun
 hanya memerlukan huruf vokal diakhirnya.
 Nanti kalau ada dengar lagu Jepun, cuba lah ikut..
 ang ang ang, tottemo dai suki, doraemonnnn...........
 
 Erm..apa yang saya nak cerita ni? Komik lah, lagu lah..ish..
 Sebenarnya saya akan bercuti panjang mulai esok.
 Balik kampung urusan perkahwinan adik saya.
 Bukan Siti sahaja ye yang akan berkahwin bulan ni.
 
 Semoga berjumpa lagi di lain hari.
 
 Wassalam.
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 6:00 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Kenapa Bahasa Jepun? |  
                      | Wednesday, August 16, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Kalau ada yang bertanya, "Kenapa bahasa Jepun?".
 Jawapan mungkin berbeza bagi setiap individu.
 
 Bagi saya, jika faham bahasa Jepun, boleh lah baca komik-komik berbahasa Jepun.
 Tapi untuk membolehkan kita sampai ke peringkat boleh membaca komik berbahasa Jepun ni, agak mengambil masa.Kenalah berusaha lebih sedikit.
 
 Lagi satu, untuk yang bekerja dengan orang Jepun, kalau boleh bercakap sepatah dua bahasa Jepun pon sudah memuaskan hati (pada pendapat saya).Boleh lah berborak-borak dengan orang Jepun ni dalam bahasa Jepun.
 
 Banyak lagi sebenarnya kelebihan nya.
 
 Jadi marilah bersedia untuk belajar. Sediakan pen dan kertas ya.
 
 Wassalam.
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 5:47 PM   |  
                      |  |  |  
              
                | 
                   
 
                    
                      | Salam perkenalan |  
                      | Tuesday, August 15, 2006 |  
                      | Assalamualaikum. 
 Selamat datang ke blog Belajar Bahasa Jepun.
 Blog ini akan dimulakan pada awal bulan September 2006 nanti.
 Jangan ketinggalan untuk sama-sama belajar.
 
 Juga akan disertakan serba sedikit petua-petua yang akan
 dipetik dari email dan internet.
 
 Semoga berguna dalam kehidupan seharian kita.
 Sebarang idea atau komen adalah dialu-alukan.
 
 Wassalam.
 |  
                      | posted by Abdul Hidier @ 6:38 PM   |  
                      |  |  |  | 
            
              | Waktu Solat |  
              |  |  
              | About Me |  
              |  Name: Abdul Hidier Home: Kulai, Johor, Malaysia
 About Me:
 See my complete profile
 |  
              | Previous Post |  
              |  |  
              | Archives |  
              |  |  
              | Subscribe |  
              |  |  
              | Powered by |  
              |    
 
  |  
              |   
                       
 
  |  
              | Download |  
              |  |  
              | Neo |  
              |   
             |  |