Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
Hari Jumaat
Friday, August 25, 2006
Assalamualaikum.

Dah hari Jumaat pon. Kejapnya masa berlalu. Kat sini tadi waktu solat Jumaat,
hujan turun dengan lebatnya. Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian.
Banyak manafaat daripada turunnya hujan ni. Orang yang berfikir akan faham.

Sempena hari Jumaat ni, saya nak kasi sedikit hadis Rasullah SAW untuk renungan bersama.
Hadis ni saya dapat dari email forward seorang kawan. Sama-samalah kita ambil iktibar. Mudah2an kita semua mendapat keberkatan dariNya. Amin...

1. Al-Musayyab bin Radi r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda;
"Siapa yang berbuat kebaikan pada hari Jumaat akan dilipat gandakan baginya pahala dari
hari-hari lain dan siapa yang berbuat kejahatan maka demikian pula."
- Riwayat Ibnu Zahjadari

2. Abayah b. Rifaah r.a. mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia
pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda;
"Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah
baginya api neraka." -Sahih Bukhari

3. Ibnu Abbas r.a. katanya; "Mandilah kamu pada hari Jumaat, dan basuhlah kepalamu
meskipun kamu tidak janabat dan sentuhlah yang harum-harum."
- Riwayat Ahmad Ibnu Hibbin

4. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat
adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik."
- Riwayat Abu Dawud

5. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Siapa yang menziarahi kubur kedua atau salah seorang
ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat,nescaya diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai
orang yang berbakti kepada kedua ibu bapanya." - Riwayat Al-Hakim

6. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w sedang berkhutbah
pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: "Adakah
engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan!". Orang itu menjawab:
"Belum!" Rasulullah s.a.w bersabda: "Bangun dan sembahyanglah!".

7. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) diantara
duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat."
- Riwayat Muslim & Abu Dawud

Wassalam.


posted by Abdul Hidier @ 5:41 PM  
1 Comments:
  • At 12:36 AM, Anonymous Anonymous said…

    buleh amik quotes ni..;). thanks blogger!

     
Post a Comment
<< Home
 
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com