Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou

Start your Japanese knowledge from the most basic.

 
CBOX
GoogleAd
Google
Web www.hidet.blogspot.com
Flag Game
Amazon
Statistik
visitor stats
BILA ANJING MENGELUH..., huhh pedoman dan renungan
Wednesday, January 10, 2007
Assalamualaikum.

Tadi saya dapat email yang saya rasa isinya agak menarik.....
Mari kita baca sama-sama agar dapat dijadikan pengajaran.

Wassalam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Lembu - Ushi
Anjing - Inu
Babi - Buta

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan KHINZIR@PIG (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)"

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"

posted by Abdul Hidier @ 12:05 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Waktu Solat
About Me

Name: Abdul Hidier
Home: Kulai, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Download
Neo

© 2006 Belajar Bahasa Jepun | Learn Japanese from the basic | Nihongo wo manabou Template by Isnaini Dot Com